November 29, 2011

A year without you

29 November 2011
Abah , setahun dah abah pergi .
Tak nak tulis panjang-panjang , nanti adik menangis .
Biar adik simpan sendiri jela apa yang adik rasa sekarang eh abah ?
Perit , tapi berbaloi kan ?
Rindu abah sangat-sangat !
D'=

Hujan

Kena hujan sikit je , mula la nak demam .
Haihh Panadol yang dah lama nak beli tu , tak beli-beli jgak .
My head is burning !
Pening la , harap esok demam so tak payah pergi CTU151 .
Tak hafal lagi ayat tu , give me time lagi boleh ?


November 22, 2011

Belated !

Facebook : 245 wishes

Messages : 21 wishes

Phone call : 10- wishes

Others : 20+ wishes

TERIMA KASIH kepada semua yang wish birthday saya , terharu sampai hampir menangis .
Hehe hadiah paling berharga : MALAYSIA menang wehh !
*Pun rasa nak menangis , terharu sangat sangat .

*Thanks Azeera for the branded t-shirt , i love that !
**Thanks Amir bagi album terakhir dan terbaru Westlife , seriously suka !


November 21, 2011

Sweet 18

PERHHHH ! Rasa terharu sampai nak menangis !
ALHAMDULILLAH Allah swt masih bagi aku nyawa selama 18 tahun .
Tapi sedih , tahun ke-18 aku hidup ni abah tak ada .

*Thank you tau siapa yang wish .
Rasa nak menangis , terharu .

PERHATIAN : Saya muda lagi 

November 20, 2011

Part II , here i come !

November the 20th
Yeahh hari ni bangun sangat awal sebab nak sambung kemas barang nak bwak UiTM .
Dah siap semua tu , bermulalah perjalanan kami dari Ipoh ke Seri Iskandar .
Hell yeahh , aku dihantar oleh sepupu aku bukan family aku .
Aku banyak diam je *Nak abah yang hantar ! D'=
Then dah sampai tu aku terus pergi bilik letak barang , tengok Ieda dah ada .
Err aku amik katil atas , sebab nak locker besar .
Mula tak kisah , tengok barang aku banyak nak buat cmana .
Kesian Husna locker comel sangat , tunggu aku habis kemas barang aku , then share okay .
So lepas barang semua dah bawa masuk bilik , aku follow Husna pergi pejabat .
Guess what ? Makcik garang tu kata bilik kami tak ada kunci !
"Biasanya diorang tak kunci pintu"
WHAT THE HELL IS GOING ON ?!
Then follow Husna pergi Bandar U beli makan , bungkus je .
Lepas tu pergi rumah kawan mak dia plak , area situ .
Balik tu singgah Kedai Runcit Rahmath kejap .
Aku beli lock , lock tertinggal atas katil hee .
Lepas tu balik bilik .

Lepas lunch tu , sambung kemas barang .
Haha rupa-rupanya aku bawak la lock .
Then tak habis pun kemas , nanti sambung .
Okay , enough said .
Nak rehat , bye .

November 18, 2011

A Day With Them

November the 14th

Awal aku bangun hari ni , around 7am i guess .
Then aku terus siap , pilih baju saja dah hampir sejam aku rasa .
Then pukul 8am mcm tu baru decide pakai baju apa , haha okay PDI sahaja .
Baju spare simple je .

**sambungsambung
Then Foo drive Toyota Unser milik ayahanda Farie , amik aku depan rumah .
Sangat gentle kankan ?
Foo Farie Mayra and Zul datang ke rumah , walawehh .
Kemudian kami semua bergerak ke Medan Gopeng untuk mengambil Encik Mirul .
Sambil tunggu tu kami breakfast di kedai mamak sana .
Lepas amik beliau kami terus shoot ke Pelabuhan Lumut .

Pelabuhan Lumut ?
WTF ? Apa ada ? Memang tak ada apa la kan .
Then dah boring sangat kami semua bergerak ke Teluk Batik .
Tetiba hujan rintik plak kan , so kami decide nak lunch dulu .
Lunch nasi tengahari di restoran simpang masuk berhampiran TLDM .
Murah dan sedap, air 'self service' bak kata Cik Mayra .
Aku amik nasi putih dengan daging masak kicap , air sirap laici campur limau .
RM3.20 . Murah kankan ? I told yaaa !
Hehe sedap , so aku makan habis .
Lepas semua dah habis makan , cuaca pun comel kembali , kami gerak ke Teluk Batik balik .
Encik Zul dengan Encik Mirul bersama Cik Mayra bermandi-manda bersama-sama .
Best gila cecah kaki dekat pasir and air laut .
Air laut tak sepanas cuaca , so best la diorang mandi .

***Lepas semua dah mandi , tukar baju kami ke Taman Paya Bakau melawat geng kera .
Banyak kera tunggu kami di entrance , huhu .
Bila dah masuk , sikit je kera dekat dalam . 
Dah banyak sangat kera dekat entrance tu , haha .
Lepas jalan-jalan tu kami pun balik la .
Nak balik tu , banyak kera buat Perkampungan Hadhari dekat kereta .
So kami menaiki kereta dengan susah payahnya , haha .

Balik tu kami dinner sekejap dekat Pengkalan .
Then hantar Encik Mirul dekat Medan Gopeng semula .
Then kami ke McD tepi highway kejap .
Then balik terus tidur , haha .

Dari kiri : Farie , Foo , Zul , Mirul , Mayra , Alyn

November 11, 2011

Congratulations !

Tahniah kerana anda telah memenangi tiket ke neraka .
Eh salah plak kan .

**Tahniah lah sebab dah baca blog aku .
Aku ingatkan tak adalah kau nak baca post yang lepas lepas tu .
Lagi pun dah lama dah post tu . 
Rupanya kau baca eh ? Hehe tahniah lahh .
FYI , tu last aku nak 'BOOST' macam tu okay .
Tak ada masa aku nak printscreen semua bagai dah .
And niat aku bukan malukan kau yeah , nak lepas geram .
Kalau ye , memang dah lama aku suruh kau baca dah post tu .
Blog aku , diari aku and life aku .
So yang kau nak care sangat knapa ?
Sudah lah weh , malas nak gaduh dah .
Semoga kau bahagia .

***I told you , this time there's more to me than you 

November 10, 2011

Hati ini

Arghh sangat sedih impian Dean List saya sudah tidak tercapai .
Tapi still bersyukur , alhamdulillah result masih memuaskan .

Bercadang nak jadi budak nerd next sem , haha *yeke ?
Tak kisah lah nerd ke tak , asalkan pelajaran tak melencong kan .
So wish me all the best .
Alyn boleh buat , amin .

**Setelah beberapa hari tak online , haha amik kau !
Friend request : 60++ [Confirm : 20--]
Messages : 20++ [Reply : 10--]
Notifications : 90++ [Respond : 10--}

Haha , aku taktau nak buat apa , macam cuak plak hah .
So , kbye .

November 1, 2011

Rombongan ..

October 28th
Well , hari ni aku bangun luar biasa sikit pukul *pm .
Then lepas mandi solat semua , guess what ?
Apa lagi , online la .
What a bored life ?
=='
Erghh okayfine , hidup aku tak seceria korang .
But .. who cares ? Haha aku dah cukup happy dengan life aku .
*Just bored a bit

Ahah **sambungsambung

Malam tu *about 11pm aku tolong mak aku dekat dapur ?
Tolong apa ? Untuk apa ? 11pm ? *Hell yeahh
Esok orang PERKEP nak datang melawat bonda saya .
PERKEP ? Dammit , tak tau korang search jela Mr. Google .
*Persatuan untuk isteri anggota Federal Reserve Unit [FRU] atau pun
Polis Simpanan Persekutuan [PSP] .
**Alahaii yang selalu jaga masa football tournament tu .
***Tak tau juga ? Kau pergi BUNUH DIRI la , kau bukan MALAYSIAN !
Pfffttt >_<

Okay dengar cerita mereka nak datang 15 orang .
So bonda saya nak sediakan breakfast untuk mereka sekalian , sebab depa semua nak datang pukul 9am .
*Kata mereka lahh
**Biasalahh janji Melayu
Malam tu , tangan aku bau udang .
Ya lo , aku kopek kulit udang .
Then malam tu bonda saya buat kek coklat dan agar-agar santan kesukaan saya .
Nak tahu sesuatu ?
Okay aku tak tdo malam tu .

October 29th [Saturday]
Lepas je azan , aku bergegas ke kamar mandi ambil wudhu' .
*Chewahh
Lepas je solat , aku update status morning then chat sebentar bersama Mr. MewIz .
**Untunglaa orang tu keluar hari ni , haha . Have fun . (:
Then bonda meminta pertolongan lalu aku bergegas mandi di kamar mandi di belakang .
***Ada water heater , lalala ~
Selepas mandi , bonda menyuruh aku mandikan Chiko .
****Well , aku tengok Chiko dah macam orang minyak .
*****Opss ! Kucing minyak .
Ishh ni mesti jatuh longkang ! - Kata bonda .
Aku pun mandikan Chiko , siap bersyampu lagi haha .
Lepas mandikan beliau , aku lap lap la badan dia .
Kesian dia , mengigil so aku lap lap sambil peluk dia .
Lama sikit tu dia mengendeng nak bermanja plak .
Oh maaf Chiko , saya kena tolong bonda .
Chiko pun merajuk lalu duduk di atas meja *port merajuk .
Lama sikit tu tertidur plak **sumpah comel ^^
Then aku pun tolong laa bonda saya .
Potong sawi , potoong daun sup , basuh cawan , blablabla .
Kemudian datang la plak makcik saya , Pn. Saodah .
Kedatangannya banyak membantu kami .
Tidak lama lepas tu , tiba plak kaklong saya Pn. Suzanna .

Kedatangannya juga meringankan beban kami dua-beranak ni .
Terima kasih kami ucapkan kepada semua , hehe .
Then tibalah 2 buah van Polis , 1 Perodua Alza , 1 Proton Waja & 1 kereta apa aku tak tau .
Err lebih 15 orang ni , tak apa tak apa .
*Pendekkan cerita .
Inilah hasilnya . .
.
Err tidakku sangka kena ambil gambar plak .
Dengan muka comot , aku pun pergilah bergambar *buat muka comel .
Then lepas dah kemas balik semua tu ...



T A D A A A A . . . !
Inilaa kerja aku , haha tak ada life kan ?
So what ? Tak hairan pun .
*Hikmah tak ada duit , jaga rumah kbye !
So mata dah berat dah ni *berapa ekor setan bergayut pun aku taktau .
So , good night world .
Sweet dream sleep tight .

*Does this count as annoying ?
**Look at that fluffy unicorn !
***It's so fluffy , i'm gonna die !
****It's so fluffy !
*****Whaaaat ?

*Cik Alyn sedang bermimpi Cik Agnes*