February 23, 2012

Akukah ?

Assalamualaikum !

Sejak kebelakangan ini , saya selalu berasa sedih yang teramat sangat !
Tapii , saya buat troll face je .
Haha tetiba -,-

Tapi tak apalahh , maybe itu adalahh balasan dosa-dosa saya sebelum ini ?
Ataupun dugaan Allah swt semata-mata yang mahu menguji saya ?
Itu saya tidak tahu , tapi kalau betul itu adalah balasan saya alhamdulillah .
Sebab Allah dah menghapuskan dosa saya .
Apa yang saya ingin katakan di sini , janganlah kita menganiaya sesama manusia dan makhluk Allah swt .
Fikirlah perasaan orang lain juga ye ?
Bayangkan perasaan anda sekiranya anda berada di tempat orang lain ye ?

Terima kasih kepada seseorang , lalala ~
Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengajar saya berlakon dalam diam .

*Pembaziran air mata yang berlaku ketika menguruskan FSKM Cinema itu merupakan salah saya sendiri , harap maklum .

P/s : Sakit hati ! :DD
P/s lagi : Jangan disebabkan satu keburukan , seribu kebaikan dilupakan . Saya makhluk Allah swt yang tidak sempurna , seperti anda . Saya boleh menerima kekurangan pada diri anda , kenapa anda tidak ? Saya sama seperti anda , kita manusia .

February 17, 2012

Countdown FSKM Festival

Assalamualaikum !
Woahh berdebar ni menanti 18 & 19 Feb .
Wuhuu ~ Ada apa ? Ada apa ?
Ada FSKM Festival lahh , weeee ~
Okay Alyn and the gang membantu handle FSKM Cinema .
Banyak jugak lahh yang telah kami korbankan seperti masa , wang , tenaga dan sebagainya .
Apa yang mampu kami harapkan ialah keseluruhan festival ini berjalan dengan lancar .
Esok dah start festival , alamak cuak plak !

*P/s : Mari lah sama sama kita memeriahkan lagi FSKM Festival 2012 ni !
:DD


February 12, 2012

Thanks !

Assalamualaikum !
Wehee tadi kan dapat mug free , lalala ~
Nak buat harta sekejap .. bia aa .
Hee tak adalahh , nanti orang pulangkan balik ye .. kot .
Thank you , terharu sangat .

*Topik lain 
Thanks juga kepada semua yang membantu Alyn secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjayakan FSKM Festival Cinema .
Korang semua sangat baik , and thanks for supporting me .
Kami semua semangat ouhh buat macam-macam demi DiSK , and of course demi FSKM juga .
And kalau boleh biarlah event ni berjalan lancar , dan dapat puaskan hati semua orang .
Ouh yeahh , tak kisah pun modal sendiri habis berapa RM and kami buat semua ni bukan sebab duit .
Kami bukan mata duitan , hebat kan ? Wee ~

**Promote
Smart gila kan flyer ni ? Naqiu yang buat !
Jom beramai-ramai tengok movie !
Thanks lahh Naqiu kerana sanggup buat flyer ni sampai pukul 3 4 pagi , aku appreciate sangat 2 flyer yang kau buat tu .
Awesome wehh dapat kawan macam kau , kalau kau tak ada aku taktau la jadi apa flyer kalau aku yang buat .
Honestly , aku suka flyer tu !!
Okay habis sengih dah ! :DD

Credit to : Naqiu , Alya , Husna , Hariz , Amirul , Amir 
Yang secara tidak langsung : Azeera , Mueiz , ... semua lahh ! :DD

February 8, 2012

RM200 Book Voucher

Assalamualaikum !
Wehuu ~ Baru tadi saya menghabiskan semua baucer buku , hehe .
Agak lama la nak pilih buku , haha tukar-tukar .
Actually IMAD ada anjurkan festival , so adalahh 1 gerai dari luar ni jual buku .
Baucer buku diterima plak , memang tak lepaskan peluang lahh kan .
Hehe ^^
Datang je , terus serbu bahagian novel .

Dalam 7 8 novel jgak la Alyn amik .
Kira-kira semua , dah lebih plak .
So , letak balik 2 3 novel .
Kira-kira balik , tak cukup plak .

Last-last letak semua novel tu amik buku lain , haha .

Ni dia buku yang Alyn beli tadi :
  • 100 Keajaiban Di Dunia [Bukti kekuasaan Allah swt]
  • Surat Untuk Carolynn [Kisah Wanita British Memeluk Islam]
  • Yakjuj & Makjuj [Tanda Besar Kiamat]
  • Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia 
  • Rasuk 
  • Misteri Mayat Terapung Di Resort Melati
InsyaAllah , ada masa nanti bacalah and share dengan korang okay ? 

Jumaat Yang Pilu

Assalamualaikum !
Ini adalah kisah benar , harap dijadikan tauladan .

Hujan renyai-renyai turun pagi Jumaat itu . Seperti kebiasaan saya bersiap-siap untuk ke tempat kerja di Putrajaya . Sebaik sahaja menghidupkan enjin kereta , saya terlihat lampu amaran penanda aras minyak petrol sudah mula menyala kemudian ia padam semula .

Ini menandakan minyak petrol sudah mula kekeringan tetapi saya yakin masih cukup lagi untuk meneruskan perjalanan dari Semenyih ke Putrajaya . Saya pun terus meluncurkan kereta memulakan perjalanan . Sepanjang pemanduan , hati saya terasa lain betul . Rasa was-was mula menyinggah di segenap sudut hati dan fikiran . Entah kenapa fikiran tiba-tiba menjadi gusar dan tak keruan .

"Barangkali aku risau takut minyak petrol tak sempat sampai ke Putrajaya agaknya .." bisik hati kecil saya .

Oleh kerana gusar yang teramat sangat , saya mengalah . Saya singgah juga di sebuah stesen minyak berdekatan . Setelah selesai mengisi minyak , saya meneruskan perjalanan ke Putrajaya . Sebaik sahaja tiba di jalan keluar stesen minyak tersebut , saya terus memecut kerana menyedari telah terlambat .

Tiba-tiba ... dari sayup mata saya terpandang satu objek yang bergerak-gerak seperti beg plastik sampah yang berterbangan ditiup angin di tengah-tengah jalan . Kelihatan juga ada sebuah motosikal telah melanggarnya . Objek itu berguling-guling lalu bergerak semula . Saya kini semakin menghampiri objek tersebut dengan hati yang amat tak keruan .

Dada berdebar-debar , mata saya hanya tertumpu ke arah objek tersebut dan mula syak sesuatu yang buruk sedang berlaku . Apa yang saya jangka adalah tepat . Rupa-rupanya objek yang digilis oleh motosikal tadi ialah seekor anak kucing yang sedanh mengesot-ngesot untuk menyelamatkan diri . Nyaris saya menggilisnya juga .

Semasa kereta saya sedang melangkaui tubuh si comel itu , saya cukup terharu dan amat  sedih . Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana si comel itu tetap tabah mengesot berusaha melintasi jalan raya yang sibuk di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Semenyih .

Sepantas kilat saya membuka lampu amaran dan memarkir kereta di atas bahu jalan walaupun telah terlajak kira kira 30 meter . Tanpa berfikir panjang , saya meluru ke tengah-tengah jalan raya tersebut sambil melaungkan takbir apabila melihatkan beberapa kenderaan hampir saja menggilis kepala anak kucing itu .

Sepantas kilat , saya berlari untuk mendapatkan si comel yang mengesot-ngesot tadi dengan air mata yang berlinangan . Sambil melambai-lambai tangan , saya jerit kepada pemandu-pemandu kenderaan agar berhenti , malangnya masih ada pemandu yang mementingkan diri sendiri .

Mereka sudah nampak anak kucing tersebut mengesot di hadapan kereta mereka tetapi masih tergamak hendak melanggar lagi . Lantas saya menunjukkan isyarat jari telunjuk dan merenung tepat ke arah seorang pemandu sambil bertinggung untuk memungut anak kucing tersebut .

Pemandu tersebut kelihatan berang dengan perbuatan saya kerana mengganggu perjalanannya tetapi saya peduli apa semua itu . Apa yang saya fokus ketika itu ialah perlu menyelamatkan nyawa anak kucing tersebut daripada dilenyek kereta .

Ketika itu saya sudah tidak terfikir lagi tentang kelewatan tiba di tempat kerja . Dalam hati saya remuk dan tak habis-habis menyalahkan diri sendiri . Kalaulah saya tak isi minyak tadi , mungkin saya dapat menyelamatkan anak kucing itu dan mungkin juga anak kucing tersebut tidak akan digilis oleh motosikal tadi .

Air mata saya mencurah-curah tanpa mempedulikan orang ramai yang memperlahankan kenderaan sambil melihat ke arah saya . Ada yang simpati dan ada yang tersenyum memerli .

Saya meletakkan anak kucing tersebut di suatu kawasan berumput di bahu jalan raya . Nafasnya turun naik , hidung dan mulutnya mengalirkan darah . Pilu , hiba sungguh pada pagi itu . Sungguh tidak disangka pada hari itu saya akan mengalirkan air mata dek seekor anak kucing yang cedera . Lantas tanpa berlengah , saya mengangkat anak kucing itu secaraperlahan dan meletakkannya ke dalam kereta .

Sepanjang perjalanan ke Putrajaya , fikiran saya tidak tenang . Saya dilanda rasa bersalah yang teramat sangat dan menyesal kerana terlebih dahulu berhenti untuk mengisi minyak tadi . Perjalanan pagi itu terasa amat jauh sekali . Nafas anak kucing yang saya panggil Adik itu makin lama semakin perlahan . Matanya memandang tepat ke arah saya . Posisi Adik ketika itu di sebelah tempat duduk penumpang .

Air mata saya terus mengalir tanpa henti melihat kesakitan dialami Adik . Kasihan sungguh melihat anak matanya seolah-olah meminta simpati . Tapi apalah daya saya . Saya terus berdoa agar Adik selamat !

Setibanya di tempat kerja , terlebih dahulu saya melaporkan diri di pejabat . Saya tinggalkan tugas saya dan pergi semula ke kereta menjenguk Adik . Seperti yang dijangka , si Adik semakin parah . Saya sempat membersihkan kesan darah kering di mukanya .

Apabila saya tekan di bahagian rusuknya , saya mendapati rusuknya tenggelam sekali gus mengiakan teori saya bahawa Adik telah mengalami kecederaan dalaman yang parah . Barangkali tulang rusuknya remuk dan ini menyukarkannya bernafas .

Saya berada di sisi Adik sehingga nafasnya yang terakhir . Ketika nazak , saya peluk tubuh kecilnya sambil berdoa agar Tuhan mempercepatkan pemergiannya . Akhirnya , Adik pergi dalam keadaan yang menyayat hati setelah bertarung dengan maut dalam tempoh yang agak lama .

Air mata saya jatuh sehingga menitis ke muka Adik . Pada ketika itu , saya langsung tidak terfikir tentang hal kerja . Saya menangis sepuas-puasnya . Saya pergi ke stor dan mencari cangkul serta parang tetapi yang ada cuma tukul besi dan besi paip . Namun saya gagahkan diri menggali tanah .

Tanah itu terlalu keras untuk saya gali , namun oleh kerana perasaan sayang kepada kucing yang mendalam saya gagahkan juga . Kerja-kerja menggali kubur kecil selesai dalam tempoh sejam setengah . Biarpun menitik peluh ditambah lagi dengan cuaca Jumaat yang panas terik , saya merasa puas .

Perlahan-lahan saya mengangkat jasad Adik dan dengan linangan air mata saya kebumikan pada hari Jumaat yang mulia itu . Sebelum dikambus , saya tatap wajah Adik dengan hati yang remuk dan pilu . Bersemadilah wahai Adik nun di syurga .

Sepanjang hari Jumaat itu , fikiran saya amat terganggu . Mata saya bengkak dan kusut , hati pula sentiasa berkata-kata "Kalaulah aku tak isi minyak tadi ..."


Sumber : Mastika

*P/s : Alyn rindu Chiko yang hilang sebulan lebih dah !


February 3, 2012

Encik Sarjan !

Assalamualaikum abah !
Sorry sebab lama tak post untuk abah , hehe . 
Abah , adik rindu abah .
Rinduuuuuuuu sangat sangat .
Abah rindu adik tak macam adik rindu abah ?
Hee ~
Abah , kenapa adik dah tak selalu mimpi abah sekarang macam dulu ?
Abah dah benci adik eh abah ?
Semua dah benci adik dah sekarang , sorry la kalau adik buat salah .
Abah , doakan adik dekat sini tau abah ?
Walaupun abah dekat alam lain , adik still rasa macam abah ada dekat dunia lagi .
Adik sentiasa ingat abah .
Adik taktaulahh abah nak cerita semua ni dekat siapa .
Semua dah happy dengan family masing-masing .

*Rindu nak manja dengan abah
D'=