May 31, 2012

Khasiat Buah-Buahan

Assalamualaikum !
Heh apa khabar semua ?
Hope sihat-sihat selalu , amin .
Saja nak share ni haa khasiat buah-buahan .
Buah je ? Sayur ? Err hee , aku tak makan sayur sangat .
Lalala ~
Heh daripada korang selalu makan fast food , why not banyakkan makan buah-buahan ?
So ni dia khasiat buah-buahan tertentu , tadaaa :

Buah Oren 
Buah oren mampu menjaga kesihatan jantung , penglihatan , pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser . Antioksidan yang terkandung dalam buah oren membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah .

Buah Epal
Buah epal boleh mencegah demensia , mencegah kenaikan berat badan , menurunkan kandungan kolestrol dalam badan , menentang kanser .

Buah Naga
Beta karotena dan vitamin C yang terkandung dalam buah naga adalah antioksidan kuat yang membantu mencegah kerosakan sel berpunca daripada radikal bebas . Buah naga kaya dengan serat larut dan serat tidak larut yang membantu mengurangkan kolesterol makanan . Hasil penyelidikan menunjukkan bukti pengurangan sejumlah kolesterol apabila buah naga dimakan sepanjang tempoh lima minggu .

Buah Anggur

Mengurangkan risiko penyakit kanser , strok , penyakit jantung dan hilang ingatan , antipenuaan , antioksidan , antiradang , menjaga kesihatan kulit , mata , kardiovaskular , kesihatan gastrik , kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi .

Buah Pisang Kaki
 Buah pisang kaki ini boleh menjaga kesihatan penglihatan , melegakan sembelit , cirit-birit , hemoroid (buasir) dan antioksidan .

Buah Delima
 Istimewanya buah delima ni merupakan salah satu dari buah-buahan yang terdapat di syurga . Kulitnya jika dikeringkan kemudian dijadikan serbuk yang halus , dimakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut , menghentikan cirit-birit , menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi , boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya . Manakala bijinya menghalang kesukaran penghadaman .

Buah Mangga
 Buah mangga merupakan antikanser , mampu menjaga kesihatan penglihatan , membantu penghadaman , menjaga kesihatan kulit , membantu membaiki kesihatan seksual , berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas .

Buah Kiwi
 Buah kiwi berupaya membantu mengatasi insomnia , mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida) , membantu membaiki penafasan kanak-kanak (pendek nafas , berdehit dan batuk malam) , mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit , menjaga kesihatan penglihatan , kesihatan kolon dan kesihatan prostat .

Buah Pisang
 Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur) , antioksidan , mengawal tekanan darah , meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan , meningkatkan tenaga , menjaga kesihatan jantung , mengurangkan risiko kanser , melegakan cirit-birit dan juga sembelit .

Buah Pear
 Antioksidan , menjaga kesihatan kardiovaskular , antiradang , menjaga kesihatan jantung , menyembuhkan luka dan lebam , membaiki tisu , menjaga kesihatan penglihatan , menentang jangkitan , menyokong transmisi saraf , melawaskan perut .


So macam yang korang bacalah , kebanyakan buah-buahan baik untuk penglihatan .
Bukan buah-buahan yang dekat atas tu je yang berkhasiat , banyak lagi tak kiralah buah-buahan tempatan atau import dari negara luar .

Apa lagi tunggu , makanlah buah-buahan !
Sekian terima kasih , assalamualaikum .

Segmen : Aku Blogger Bertuah

Assalamualaikum !
Okay ni first time aku join contest on blogger .
Contest ni made by Mya Farisha , aku join pun just for fun heh .
So , korang nak join boleh lahh click dekat link atas tu haa .
Siapa yang taknak join tu doakanlah aku menang , heheh .



So tu je kot , entah aku pun taktau nak tulis apa dah ni .


Terima kasih , assalamualaikum .


May 30, 2012

Blog DiSK Perak

Assalamualaikum !
Haa jangan lah buat muka pelik title post macam tu .
DiSK tu nama kelab bagi student Diploma Sains Komputer UiTM Perak .
So , kelab ni ada blog , facebook and twitter sendiri .
Korang boleh join lahh kalau korang rasa korang memang ahli DiSK .
Heh -,-

Blog tu akan diupdate dengan event yang berkaitan dengan DiSK sahaja .
So siapa yang ada gmail or Google acc or lagi baik kalau ada blogger acc or apa-apa jelah boleh lahh follow blog tu okay ?

Logo kami , cewahh hehe . Gempak kot sebab ada monitor , keyboard semua . Padan lahh dengan kos kami kan hee

Ni link nya .
Blogger : DiSK UiTM Perak
Group facebook : Diploma in Computer Science
Twitter : @DiSK_Perak

Sekian terima kasih , assalamualaikum

May 29, 2012

Psycho [KTGP]

Assalamualaikum !
Haa pelik ke title Psycho ?
Tak ? Okay .. -,-
Masa aku sekolah menengah dulu Tarcisian Convent School [TCS] , aku ada geng .
Geng ? Poyo je , haha .
Start form 3 lahh ceritanya .
Masa form 3 banyak kelas 3 Rose .
Mula-mula aku berkawan dengan Miera sebab naik bas Cik Kiah sama-sama .
*Eh apa cerita Cik Kiah eh ?
Dyyah plak berkawan dengan Aen , Marlia dengan Mayra .
And Farie dengan Yana .
Eh korang betul ke macam tu ? Aku rasa pelik je ?
-.-
Then masa tu , beria lahh kitorang fikir nama kumpulan apa .
Haha , kitorang memang rapat gila wehh .
Pergi mana-mana mesti sama-sama , memang best  .
Rehat pun ada port biasa , belakang pintu dewan .
Masa rehat kitorang duduk atas lantai , buat bulatan heh .
Last-last banyak gila nama kumpulan kitorang ada .
Kami The  Geng Psycho , Psycho , Rainbow , Pelangi and .. etc .
KTGP [Psycho] lahh yang paling kuat , dengan Pelangi .
And nak tau tak , masa nak masuk Dewan PMR dulu kitorang lepak tak study pun .
Sembang pasal benda ... tak payah lahh tau kan .
Tapi alhamdulillah result PMR semua okay .

Tapi , sedih gila sebab masa form 4 ada 2 orang ni membawa diri pergi SMT .
Hampeh betul . So yang lagi 6 ni , satu kelas , 4 Rose .
Aku , Farie , Yana , Miera , Aen , Dyyah stay TCS , ambil Sains Akaun .
Mayra and Marlia pergi SMT , Civil Engineering .
Mayra pergi SMT Gerik , Marlia pergi SMT Taiping .
Tapi last-last Aen tukar kelas 4 Orchid , ambil Pure Science .
Tapi kitorang ada lahh juga berjumpa , tapi kalau berjumpa tu susah sangat lahh semua sekali .
Mesti ada je yang tak boleh keluar .

So , .. aku nak cerita benda lain sebenarnya .
Hah ada satu hari ni kitorang semua stayback , masa tu form 4 lahh .
Boleh plak kitorang fikir nama hidangan Hari Raya untuk semua haha .
Semua orang ada nama Raya masing-masing .

So yang kiri tu aku , kanan tu Farie . Dulu rapat mehh , pergi sekolah sama-sama bawa motor , librarian and banyak lagi lahh . Oleh sebab dulu aku paling rapat dengan Farie , so nama Raya aku ialah Ketupat and nama Raya Farie ialah Rendang . Yelaah ketupat kan selalu dimakan dengan rendang hehe .

Kiri tu ialah Miera and kanan tu ialah Yana . Diorang ni sampai sekarang macam belangkas , hehe . Miera ialah Lemang and Yana ialah Serunding .

Kiri ialah Mayra and kanan ialah Marlia . Dulu diorang ni rapat lahh , dua-dua sama kecil sampai sekarang haa . Mayra ialah Nasi Impit and Marlia ialah Lontong .

Err , gambar kiri tu korang tengok manusia yang belah kanan okay haha . Baju kelabu tu Dyyah and gambar kanan dengan orang sebelah Dyyah tu ialah Aen . Dari dulu sampai sekarang diorang rapat . Masa sekolah dulu diorang sama Pengawas hehe . Aen ialah Wajid and Dyyah ialah Dodol .

Bukanlah nak cakap sekarang ni dah tak rapat ke apa , just dah jarang jumpa kan . Maunya jumpa nanti semua kekok kan , haha . Yeke ? Aku rasa tak , semua otak gila-gila .
Ikut dan jelahh kan haha .

Wehh rindu gila dekat korang ni haa .
So sekarang ni nak plan hari je nak keluar .
And dah tau dah , mesti ada je yang tak boleh .
Dah lama gila tak jumpa , keluar sama-sama .
Yelaa masing-masing dah sambung belajar kan .
Aku sendiri dah masuk UiTM Seri Iskandar , kos Dip Sains Komputer .
Yana pun masuk UiTM Seri Iskandar , tapi kos Dip Perakaunan .
Farie and Dyyah masuk Matrik Gopeng , kos Perakaunan .
Aen pun Matrik Gopeng jgak , kos Sains ... *taktau .
 Mayra masuk UiTM Merbok , kos Dip Pentadbiran Awam *kot .
Miera plak UiTM Arau , kos Dip in Business Management *kot .
And lastly Marlia paling jauh , tercampak dekat UTHOM Johor .
Haa dia amik Dip in Civil Engineering .
*Lihatlahh betapa berteraburnya kami semua tercampak haha .

Entah betul ke tak , aku pun taktau nama kos diorang tu haa .
So , memang betul lahh apa yang cikgu kitorang pernah cakap masa sekolah dulu .
Kenangan dekat sekolah merupakan kenangan yang paling berharga .
Buktinya , ramai gilaa hah dok meroyan nak masuk sekolah balik .
Saja nak post pasal diorang , rindu wehh .
Hehe okaylahh tu je , merepek banyak kan ?
Biarlah , hoho .

Terima kasih , assalamualaikum 
 







May 28, 2012

Special Birthday

Assalamualaikum !
Muahaha dah lama plak rasanya tak online , hehe .
So entry ni special sikit , tak lah special banyak .
Sebab hari ni hari jadi someone , huhu bukan someone sometwo .
Eh ada ke sometwo ? Haha tak kisah lah .

So hari ni [May 28th] ialah hari jadi ..
TADAAA !
Arwah abah yang handsome , wehee kalau abah masih hidup hari ni abah dah 61 tahun

Okay masa ni kakngah tembam lagi , masa ni belum kahwin . Nak pergi mana entah time ni lupa dah .
To abah : Adik doakan abah tenang dekat alam sana tu . Adik doakan supaya abah dijauhkan dari azab kubur dan semoga abah ditempatkan di sisi Allah swt dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman dan soleh . Adik sayang & rindu abah .

To kakngah : Kamu dah tua ! Haha happy birthday , sweet 2* (malas kira) heh . Semoga gembira dan ceria selalu di samping suami dan anak-anak tersayang cewahh . Hehe

To abah and kakngah : Adik/Org sentiasa doakan yang terbaik cewahh .
Hehe :)

Thank you , assalamualaikum !


May 24, 2012

10 Kebaikan Senyum

Assalamualaikum ! Entry ni nak cerita sikit pasal SENYUM . Marah tak kalau kita senyum dekat seseorang tu tapi dia tak senyum balik , jeling mata lagi tu ? Tambah-tambah plak orang tu kenal kita ? Haihh mesti marah sangat kan ? Ada sekali tu Alyn pergi Jusco Ipoh Kinta City , ternampak lahh seorang schoolmate ni , pernah satu kelas and dulu kawan rapat . Alyn tengoklah dia , tunggu dia tengok kita balik sebab nak senyum . Alih-alih , dia berselisih sebelah kita macam angin lalu je , buat tak nampak plak . Heh , sakit plak hati ni . Mentang-mentanglah jalan dengan teman lelaki dia tu kan , kawan yang agak selekeh ni sebelah mata pun tak pandang

Okaylah , back to the topic .

Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Satu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah satu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.

1. Buat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Berupaya Menukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4.Menghilangkan Tekanan
 Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Meningkatkan Imunitasi
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

Senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.

Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.

Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang.

Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada pada orang lain.

Sumber : Blog Aku Anak Pahang :)

Terima kasih sudi baca , assalamualaikum .
 

May 23, 2012

Last Day T_T

Assalamualaikum !
Haa lama tak post , hehe .
Saja nak story mory ni .
*Currently at Putrajaya , Presint 11 .

Okay , setelah hampir sebulan [May 1st - May 22nd] berada di rumah kakngah menjadi baby sitter ..
Ceii , dah nak balik Ipoh dah huhu sedih betul .
Yelahh lagi berapa minggu je kan nak masuk kampus balik .
So nak kena prepare barang semua .
Plus , orang Ipoh banyak rindu aku dah wehh .
Haha , lalala ~
So sekarang ada dekat rumah abang , menggunakan segala kemudahan [unifi] yang ada haha .
Ni pun tak sampai 24 jam lagi keluar dari rumah kakngah , dah rindu budak dua orang .
Acano ?
Haha ni last pic , captured by me .
And yeah sorry buruk , maklumlah tangan tak berseni haha .


Muhammad Adam Amsyar & Nur Aleesya Dania

Eh , lupa plak .
To kakngah and abg Krol :
Sepanjang saya berada di rumah anda di Sepang tu , thank you for membela saya haha .
Thank you for baju baru 2 helai tu , baju-baju yang kakngah bagi , coklat Cadbury Hazelnut , coklat Cadbury Crunchie , and semuanya lah .
Halalkan makan minum and semua yang orang guna pakai okay ?
And yeah , sorry kalau ada buat salah and perabiskan bil letrik , air , blablabla .

Fikir-fikir balik nak masuk kampus , berdebar-debar plak .
Pasai pa ntah ?
Harap-harap part III ni aku sedar diri sikit daripada part II , banyak lagi bagus .


Okay tukar topik sikit .
Kepada semua yang mengenali diri ini , cewahh hehe .
Err okay , this is awkward .
Aku minta maaf sebab banyak gila buat salah dekat korang .
Terutamanya dekat kawan-kawan sekolah and UiTM , tak dilupakan kepada family tersayang .
Farie , Mayra , Miera , Yana , Marlia , Aen and Dyyah .
Babe , aku rindu korang semua lahh .
Sorry tau sebab aku ni macam ganas sikit [dulu] so cakap main lepas je kan .
Alya , Husna , ET , Amir , Azeera , Naqiu , Hariz , Bella , Apiz , Waney , and yang lain tu .
Okay , sorry sebab aku ni agak menyusahkan .
Sorry untuk semua lah , aku rasa aku yang paling banyak buat salah dengan korang .
Err tak kisah kalau korang taknak kawan aku dah , tapi maafkan aku okay ?
Aku pun takut buat salah lagi , erm truly sorry .
Yang lain pun sama , maybe dalam tak sedar korang ada terasa dengan aku kan .
Sorry sangat-sangat , seriously aku nak berubah jadi lebih baik .
Kalau aku ada buat salah , tegurlah tapi err please ikut cara okay .
And , hee thank you sebab sudi berkawan dengan aku even dah tau banyak keburukan aku .

Kenangan terindah aku bila spend time dengan family and kawan-kawan aku .

Thank you , assalamualaikum !

May 15, 2012

Alyn - Hampir 19 Tahun

Assalamualaikum semua , apa khabar ?
Harap baik baik je eh ?
Ehm , tengah boring-boring ni saja post pasal diri sendiri .
Wahh bulan 11 nanti Alyn 19 tahun !
Hee , tapi jujurnya rasa macam budak sekolah menengah lagi .
Well rindu sekolah , sampai termimpi semalam haa .
Apa-apa pun , Alyn nak ucap alhamdulillah .
Syukur sebab Allah swt bagi Alyn hidup di duniaNya selama 18 tahun 5 bulan 23 hari .

Tapi , agak sedih sebab Alyn dapat habiskan masa dengan abah hanya selama 17 tahun 8 hari .
Abah pergi masa Alyn tengah SPM [29 November 2010] .
Pagi tu ada paper Maths , balik je rumah tengok rumah kosong .
Then kakngah call kata kakngah follow abah pergi IJN KL .
Kalau tak hari tu abah dah boleh keluar doktor kata .
Hmm tetiba lagi sekali ada orang call kata abah dah tak ada .
Memang , memang mulanya Alyn tak percaya .
Tak percaya langsung !
Sampai malam Alyn tak menangis sebab tak percaya lagi .
Malam tu Alyn sedekah Yasiin di sisi abah .
='(
Sedih tengoh abah dah kaku .
Masa nak tidur tu Alyn dah makin celaru .
Betul ke apa yang terjadi ni ?
Baru lah air mata ni menitis .
Ya Allah , betul ke semua ni ?
Hati Alyn still merintih walaupun jasad yang ada dekat ruang tamu tu memang milik abah .

Esoknya Alyn ada paper Agama , jangan cakaplah tak tengok buku langsung .
Sebelum pergi exam tu , Alyn pandang muka abah .
Sayu ='(
Lepas sejam Alyn terus balik , tak tunggu pun sampai habis masa .
Balik tu memang Alyn pecut habis , sampai terfikir kalau mati accident time tu pun tak apa sebab nak ikut abah .
Sampai rumah tengok abah dah dikafankan , ouh sedih gila !
Tapi , maklong bukak kain kafan dekat muka .
Alyn orang pertama yang cium pipi abah .
Ya Allah , sejuk sangat masa tu .
Abah memang dah tak ada eh ?
Abah memang betul tinggalkan adik ?
Then petang tu , Alyn ikut pergi kebumikan abah .
Mula-mula tu seriously tak rasa apa sebab terkejut !

Minggu-minggu lepas tu baru terasa .
Tapi still rasa macam abah ada lagi dalam rumah tu , sampai sekarang .
Even dah 1 tahun 4 bulan dan 16 hari abah dah pergi , Alyn still rasa abah masih hidup .
Sumpah , tak pernah rasa macam abah dah tak ada .
Nak dikatakan , Alyn memang paling rapat and manja dengan abah sorang je dalam family .
So bila abah tak ada , rasa macam tak ada siapa pun boleh buat Alyn gelak macam abah buat .
Teringat masa sekolah dulu , abah datang sekolah sebab phone kena rampas .
Abah tak marah Alyn langsung , abah marah cikgu plak .
Ehm T_T

So abah , adik rindu abah ! Rindu sangat-sangat . Satu hari pun adik tak pernah lupakan abah . Abah , sorry kalau masa adik menangis teringatkan abah , abah tersiksa . Orang kata kalau kita menangis untuk orang yang dah tak ada , orang tu akan tersiksa . Adik tak terniat langsung nak menyiksa abah . Cuma adik terlalu rindu abah . Mungkin tangisan adik sekarang ni ganti tangisan adik yang hilang masa abah pergi dulu . Maafkan adik ye abah ? Adik sedih sangat sebab tak sempat minta maaf dekat abah , masa abah pergi tu pun adik tak ada dekat abah . Abah maafkan adik kan abah ?

*Ada satu hari tu Chiko [kucing kami] tengok potret abah yang dekat bawah ni . Potret tu FRU bagi dekat abah masa abah pencen dulu , diframekan and gantung dekat ruang tamu . Lama juga Chiko pandang potret abah tu . Mungkin Chiko pun rindu abah kan ? Sebab Chiko pun manja gila dengan abah . Setiap kali kalau abah baring dekat ruang tamu tu , mesti Chiko baring dekat tangan abah suruh abah usap dia . Alyn tau , abah sayang juga dekat Chiko . Tapi dah berapa bulan Chiko hilang . Ada jiran buang Chiko , hmm rindu Chiko juga . Sayang abah and Chiko !

Erm ni potret abah yang digantung di ruang tamu . Walaupun tak sama sangat dengan muka sebenar abah , tapi Alyn boleh ingat muka sebenar abah macam mana and harap tak akan lupa wajah abah sampai bila-bila pun . Rindu sangat nak sebut perkataan ABAH dekat abah . Tak ada siapa boleh ganti tempat abah . Adik sayang abah !


Chiko :'( Chiko ada dekat mana haa ? Puas cari tak jumpa . Cukup tak makan ? Chiko kalau tau jalan balik , balik lah rumah eh ? Alyn rindu Chiko juga , nak main-main lagi dengan Chiko . Chiko kan manja dengan semua orang ? Chiko tak rindu Alyn , mak , kakyang ? Harap Chiko balik cepat tau ?

May 13, 2012

Ibu


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China Selepas gempa bumi reda , apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda , mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah . Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan , dan dua tangannya menyokong sesuatu objek . Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar , ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut . Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup . Walau bagaimanapun , badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia .

Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya . Tanpa sebarang alasan , ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu . Sekali lagi , dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu .

Tiba-tiba , dia menjerit kegirangan , “Seorang kanak-kanak ! Ada kanak-kanak !

Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati . Terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya .

Jelas sekali , wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya . Apabila rumahnya runtuh , dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya . Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya .

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut . Selepas beliau membuka selimut , terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu . Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu , “Jika kamu boleh hidup , kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu .” mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain . Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis . 
“Jika kamu boleh hidup , kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu .” 
Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya .

*So , rasanya semua ibu sanggup lakukan macam tu kalau benda yang sama terjadi . Harigailah jasa dan pegorbanan seorang ibu . Melahirkan kamu saja sudah merupakan satu pengorbanan yang besar buat ibu kamu kerana melahirkan anak digambarkan sebagai kesakitan yang kedua teruk selepas kematian .
**Selamat Hari Ibu buat mak saya , Pn Salbiah binti Ja'far dan kakngah saya , Pn Nor Faezah binti Mohamed Yusoff .
***Assalamualaikum !

Dua Hari di One Utama

Assalamualaikum !
Apa khabar semua ? Sihat ?

Day One : Friday , 11th May 2012
Petang kelmarin dalam-dalam pukul 3 petang kami semua bergerak dari rumah menuju ke One Utama .
Opss , kami tu kakngah and her family .
Abg Krol , kakngah , Nia , Adam and me .
Masa siap nak keluar tu , Nia sibuk je nak pakai lipstick haha .

Dania & Me : On our way to One Utama

Dania & Me : Anak cucu Sarja Yusoff & Pn Salbiah


Sizzling Mi : Abg Krol & Kakngah
Chicken Chop : Untuk Dania , tak habis bawa balik

Spaghetti : For me , hehe
HAHA , tu "peace" Nia
Cuba buat Adam yang nak menangis tu ketawa
Ahha , balik pukul 11 malam .
Tu pun sebab mall dah nak tutup .
Balik tu beli Char Kuetiau , Mi Goreng and Laksa .
 
Day 2 : Saturday , 12th May 2012
Ahha hari ni bangun agak awal dikejut kakngah .
Dengan malasnya gua bangun terus siap .
Dania bad mood kejap , haha .
Masa dalam kereta dah pujuk dia terus tidur dalam kereta .
Breakfast ? Roti , makan dalam kereta juga .
Haha kalau tak silap sampai mall tu dalam-dalam pukul 11 pagi lebih .
Sampai je , sambung shopping tempat semalam haha .
Dengar promoter dia cakap dekat member .
"Weh , yang semalam tu"
Dania plak excited , nyanyi lagu Twinkle Little Star kuat-kuat .
Okay malu sikit di situ , haha .
Dah tengahari tu kami lunch dekat tempat semalam .
Food Republic je .
Tadaaa ! Hari ni Nasi Ayam je !

Okay lepas makan sambung shopping .
Thanks kakngah and abg Krol belikan baju merah tu !
Hehe , segan plak oi !
Balik tu kelam kabut sikit sebab Adam and Nia meragam .
Balik dalam-dalam pukul 6 petang lebih kalau tak silap .
Okay memang penat sampai TERtidur dalam kereta .
Yelahh , aku ni bukan senang nak TERtidur dalam kereta kan .
KAN ? Lalala ~
Sampai je terus tukar baju , lupa nak mandi .
LALALA ~
Kakngah goreng nasi je for dinner but spesial lahh .
Sebab ada sosej , carrot and udang !
Sebelum tu tertidur lagi sekali di sofa -,-
Lepas makan , usha The Last Airbender kejap .
And ...

Tadaaaaa !
Di hadapan lappy sekarang .
Sekian , terima kasih !

*Thanks to kakngah and her family , happy gila !
**One Utama ? Full of memories ! Neway wehh !
***Assalamualaikum