December 25, 2012

3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum cuollss :)
Ohoii lama juga tak update blog ni , eheii bersarang dah rasanya .
Nak buat macam mana tak ada story untuk di-share .

Kelas ? Eheh kelas i awesome tauu :3
Bilik ? Roomate pun sempoi ^-^
So apa je nak diceritakan ?
Tapi tapi tapi .. ni ada story nak share ni haa .

Macam yang korang tau , part 1 i rapat dengan classmate .
Pergi Pulau Pangkor sama-sama semua tu , ahh nostalgia ..
Part 2 plak kami rapat dengan lecturer ECO120 , Sir Mazdan .
Part 2 kami ke Cameron Highlands pula , dengan kelas juga :3
Part 3 pula i join SMF tau , bekerjasama dengan Interim MPP 2012 .
Masa ni laa i kenal dengan diddy i , Ikhmalala tu hehe .
Masa ni jgak laa i rapat dengan abg Sam , Ayep , Jimie , abg Nazri , abg Shah , abg Subuh , and paling penting Bella and Biha !
Youu banyak event tau kitorang handle masa part 3 ni .
So sekarang dah masuk part 4 , apa yang menarik ye ?
Ohoii , kami join KOSISWA !
KOSISWA - Koperasi Siswa UiTM Perak Berhad .

Pendaftaran masih dibuka !

Macam mana boleh join ? Kalau dah abg Nazri jadi CEO , haihh sendiri fikir lahh haha .
KOSISWA saaaaaaaangat best !
Sebab boleh pergi kursus jauh-jauh dan tidur hotel yang mahal !
Free woooo ~

So , baru-baru ni i adalah ikut pergi Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Siswa UiTM Se-Malaysia yang bertempat di Park Avenue Hotel , Sungai Petani Kedah yang diadakan pada Dis 21 - Dis 23 2012 .
Siapa yang terlibat ? Me , diddy , kak Abid , KD , Ekyn , abg Nazri , abg Suboh , Nasa , Dr Thuraiya and Pn Lin .
 Wee happynya diddy saya pun join ! ^-^
Masa otw tu kami ada lah singgah dekat R&R Gunung Semanggol .
Ada yang siap timbang berat lagi , ish ish ish .

BMI dia normal ~ Normal ~
Sesungguhnya i tak perasan pun ada banner Kempen Senyum dekat atas tu -_-
Okay sambung story .
Ehm masa dalam van tu , jangan cerita laa i tidur je youu .
Tetiba je dah sampai hotel , semua excited hotel sebelah tempat main bowling :3
Tak silap lah , hotel ni bertaraf 4 bintang youuu !

Access card untuk masuk bilik dan elektrik
Masa i berendam dalam bath tub ni terbayang semua cerita hantu ~
Almari yang besaaaa ~
Luas la bilik ni bagi 2 orang ~
My bed :p
Ohoii jealous tak ?
Tak ? Okay anda tak normal .
Satu bilik 2 org , so i sebilik dengan kak Abid memandangkan KD dah dgn Ekyn .
Mula-mula tu macam segan la nak sebilik dengan Kak Abid , yela bertudung labuh orangnya ..
Rupa-rupanya kak Abid ni lagi ceria daripada i tau , hehe cakap sepatah je gelak .
Aww comel tau kak Abid ni , hehe tak adalah bosan sepanjang 3 hari dekat hotel ni ^-^
So malam tu kami ada taklimat program tu , sebelum taklimat semua serang bowling !
Kami main 2 game , mula-mula tu i dapat nombor 3 tau 94 points .
Then tetiba Dr Thu dgn Pn Lin muncul so kami main la kali kedua .
Kali ni dapat nombor 3 jgak tapi seri dgn diddy :p

Scoreboard , first game ^-^
Muka ceria je hehe :p
Wee saaaaayang korang !
Dari kanan : top scorer , second , third and forth

2nd game , oleh sebab gambar ni je ada masa i tgh main so i upload jgak even goyang ;p
Wuu hero saya , ada style ~
2nd game , yang kami seri tu hehe :p
Eh ni gambar KONTROVERSI ! Hehe ~
 Lepas main 2 game tu kami ke Parkson :3
Ohoii cucuk duit ingat nak shopping tapi tak sempat :p
Goyang sikit , ni je yang ada ~
 Esoknya bermulalah seminar kami , penuh dengan ceramah .
Tapi peliknya masa ceramah tu i tak mengantuk langsung tauu hehe .
Hari kedua kami tak buat apa-apa sebab tak sempat .
Yang lelaki semua mandi dekat swimming pool memandangkan dekat level kami je .
I dengan kak Abid pergi jalan-jalan naik tingkat ataaaaas sekali , tak ada apa pun -_-
Balik tu tengok KD dengan Ekyn bersiap , ohmann nak main bowling tak ajak !
So i dengan kak Abid pun gigih bersiap nak join main bowling jgak hehe .
Kali ni i menang tauu , 105 points ^-^
Masa ni banyak gelak sebab kak Abid bergabung dengan Ekyn :3
Haha lepas ceramah tu , kami main game lagi kali ni i sorang je perempuan -_-
Tak kisahlaa janji i menang :p 115 points hehe .

Esoknya , last day biasalah ceramah datang lambat hehe .
Nak balik tu rasa sedihhhhhh sangat sebab lepas ni tak jumpa diddy dahh sebab cuti mid sem .
Hmm sedih sedih . Sebelum balik tu kami buat sesi photography dulu :3 
Ni haa diddy , like a boss ~
Menunggu ketibaan abg Nazri , Dr Thu and Pn Lin
Wee ~ Nanti ada kursus lagi ajak kami yee hehe
 So balik tu malas la nak cerita , haha bukan ada apa sangat pun .
Cuti ni bosan lahh , padahal ada je assignment tak buat lagi -_-

Soo see ya !
Thanks for reading , assalamualaikum !

December 7, 2012

Part IV Here We Go !

Assalamualaikum blogger sekalian !
Sihat tak semua ? Harap semua sihat-sihat belaka je la ye ?
So apa cerita semua ? Err err macam boleh plak sembang sini -_-
So part IV ?
Apa ? Breaking Dawn part IV ?
Suka hati je , mana ada lah .
Ni nak cerita pasal semester baru dan .. err maybe hidup baru kot bagi aku -.-

Okay , jom story mory !
Okay Nov 25 hari tu ..
Jeng ! Jeng ! Jeng !
Aku and the gang balik kampus , haha awal tak ?
Suppose pelajar lama daftar Dis 1 , but then kami excited sangat ke apa entah sampai balik awal seminggu .
Lagipun diddy ugut suruh balik awal , dia kata kalau nak birthday present kena balik kampus 25hb ppffttt ! >_< Haha

WARNING : Gonna be a LONG story to be told :3

So , mula-mula Biha (Hayat , dipanggil Biha atas sebab tertentu) sampai dulu dekat Melati 1 . Oleh sebab taktau bilik masing-masing lagi , nombor bilik tak keluar lagi so kami decide untuk stay di bilik lama aku M1131 sebab aku ada kunci bilik tu . Konon macam tak akan ada kehilangan barang la . Kononnya lah .. Padahal kalau keluar , tinggal je lappy atas katil semua -_- Okay sambung story . So lepas Biha sampai , barulah aku tiba dengan gahnya . 

Sebelum balik kampus , kami singgah dekat kubur abah . Hmm sayu je , kalau abah ada lagi mesti abah yang hantar adik kan ? Abah tak pernah hantar adik masuk universiti :( Adik sorang je abah tak pernah hantar , hmm abang , kakngah , kakyang , kakcik semua dah pernah . Adik nak abah hantar adik , ambil adik :'( Tak apalah abah , abah tunggu adik tau dekat sana . Abah ingat selalu tau ,  
adik saaaaaaaaaaaaayang abah ! 
Saaaayang sangat-sangat ! 
Al-Fatihah ..
Tersalah , tarikh lahir abah 28.05.1951
Mak , sebelum tinggalkan kubur abah
*Sambung

Oh yeah , masa tu kakyang hantar naik Proton Wira abang ipaq baru :3 Tengok level bilik aku macam tak ada orang je . Nampak macam 2 bilik je berpenghuni (berdasarkan selipar di depan pintu) haha . Biarlah . Okay masa tu macam bahagia la masuk bilik sebab ada banyak buah-buahan yang aku bawak dari rumah . Durian , strawberry , apple , jambu apple dan limau . Yang kami sempat makan hanyalah buah strawberry dan apple . Yang lain tu dah tak elok haha kesian gila -_- Oh yeah , thank you Biha dan konco-konconya tolong aku angkat barang ^-^ Okay , petang macam tu barulah Bella sampai , tapi Biha pindah bilik dia sebab roomate dia pun dah balik sini , terlibat dengan Minggu Destini Siswa (MDS) . Sampai je bilik aku terus makan nasi lemak yang dibawa dari rumah sebab lapar gila ! Haha
Sedaaaaap !
Sepanjang kami berada di kampus ni , merempat jela kerjanya . Makan dekat luar . Kadang-kadang sibuk dekat Bilik Gerakan jumpa member yang OC . Kadang-kadang pergi Dewan Seri Iskandar (DSI) tengok MDS . Paaaaaling best dapat jumpa diddy kita ! Hee masa mula-mula jumpa tu happy sangat ! Tapi .. err muka dia macam pucat , nak demam . Muka tak cukup darah , ish ish ish . 

Malam tu kami bertiga makan dekat Bukit Aman / Aman Jaya , refer pada tempat yang sama okay haha . Pakcik tu yang dah kenal muka kami tu , pergi tegur kuat-kuat "Ni awalnya balik ?" Biasalah pakcik tu kan . Biasa , biasa . Hehehe so menu kami malam tu ialah Chicken Chop Rice and special sikit sebab ada lamb , ada orang sedekah dekat pakcik tu . Pakcik tu bagi kami plak , terima kasih pakcik ! Alhamdulillah rezeki . Err lupa makan habis ke tak :3

 Uuuuuu ~ Sedap weh ! Masa cuti tak makan cam gini haha .

So malam tu kami pergi DSI , lepak dekat tangga DSI je . Selayaknya ! Haha segan tau nak masuk , yela siapalah kami ni bukan OC ye dak ?
Balik tu aku kirim dekat Zack bagi diddy fries and coke , taktaulah dia bagi or pass dekat orang lain plak -_- Tak silap aku , dia suruh Ekyn yang pass . Tak kisahlah , janji diddy kita makan fries tu . Dia cakap tak makan western since masuk kampus , bajet macam lama sangat je -_- Tapi terharu lah jugak hehe ^-^ Balik tu ternampak Bam Bam , Bam Bam tegur kami ! Seriously sebelum ni sombong tau ! Panggil pun tengok pakai ekor mata je . Hehe suka main dengan Bam Bam malam tu !

Dah sampai bilik , saja gedik :p
Esoknya kami bertiga keluar ke Bandar Universiti Seri Iskandar (U-City) untuk makan . Foodies Fare yeahhh !
Tunggu Biha kejap
Tadaaa ! Dah dah jom tunggu bas :3
Taktau kenapa , aku suka gambar ni ^-^
Memperkenalkan , Bella Chuuuuuu !
And this is Biha !
Okay thank you photographer *muka menyampah ! Haha :p
So dekat Foodies Fare , i order pasta :3 Lama tak makan
 Bella dengan Biha order apa entah haha . Pukul 6.30pm (bas terakhir masa cuti) kami naik bas balik ke kampus . Malam tu jumpa diddy kejap sebab nak bagi mushroom soup , i bungkus tau dekat Foodies Fare tu . Haha i bagi sekali dengan ubat-ubatan , naaahhh amikau ! Siapa suruh sakit-sakit ? :p Then lepas dah bagi tu dia suruh tunggu sekejap , dia nak letak dekat bilik . So kami sembang- sembang sekejap dengan Jimie , plan overnight untuk .. eh nanti la cerita yang tu ! Ishh ! Tetiba diddy datang bawak plastik besaaaa ! Diddy bagi dekat i depan Jimie and Bella , youuuuu i malu tauu ! Hehe terharu sangat-sangat , sumpah i lupa pasal hadiah tu youu :') Tahan airmata , ceee happy nya . Habis blushing muka tauuu :p Balik tu tak habis-habis kena usik dengan Bella , hehe biarlah and diddy text "Sorry terlupa , happy belated birthday"
Awwww ~

 Weeee ~ Kita ada benda untuk dipeluk setiap malam ! ^-^
*Kesian bantal peluk dianaktirikan :( hmm
Nama diberi : Choki dan Chicky (Diddy dia yang bagi nama)
 Ehehe balik tu happy sangat-sangat , ni muka ikhlas tau .
HAPPY !

So esoknya kami naik bas lagi , makan dekat U-City lagi tapi kedai lain . Kopak laa nak Foodies Fare tetiap hari kan kan kan .
 Tunggu bas dalam kepanasan ~
 Suka , kami bertiga je dalam bas haha
Kosong kaaaaan :3
Tembikai laici (mine) - laici (Bella's) - sirap laici (Biha's)
Nasi goreng paprik + telur dadar tak ada sayur = just perfect !
 Balik tu , subhanAllah ada double rainbow . Saaaangat cantik !

View dari Melati 1 ^-^
 Wehehehe ~ Seminggu jugak lah kami cam gitu , keluar cari makan , balik tidur . Ada la cerita lain tapi malas cerita so skip sampai Jumaat yeah ! Ni la yang plan dengan Jimie tu . Petang Jumaat tu , aku , diddy , Bella , Biha , kak Shikin , Ayep , Abg Sam , Macha dan Jimie keluar naik 2 Perodia Viva . Happy , yeayyy dapat keluar dengan diddy ! ^-^ So mula-mula tu kami macam tunggu lama tau , makan dekat Al-Bayan , U-City .
Tangkap gambar sebab nak bukak lens >_<

Bella - Kak Shikin - Biha
Lepas makan kami terus bergerak ke AEON Station 18 . Sampai je terus tengok tiket Twilight Breaking Dawn part II , yeayy tak penuh ! :3 Tapi kak Shikin , Ayep and abg Sam tengok Lagenda Budak Setan 2 . Macha pun berbelah bagi nak tengok cerita apa , last-last tengok Breaking Dawn . Youu kami excited tau , lama dah nak tengok ! Jelly tengok ramai tweet dah tengok :p Oh yeah , masa dekat sana terserempak dengan geng OC yang lain :3 Meriah youuu

Diddy dengan i seat G tauu :p
Sementara nak masuk cinema tu kami jalan-jalan je , paling best main game !
Gambar ni kelakar ~
Eksen lebih , puihh >_< haha

WARNING : Jangan muntah tengok gambar dekat bawah -_-
Aku pun taktau sejak bila diorang kerja promote TGV ni .

 Haishh , habis memory aku je -_-
 Suka plak diorang tangkap gambar dekat situ -_-
Haha lepas tengok wayang tu kami terus ke Old Town Karaoke (OTK) Studio .
Wuuu ~ Habiskan duit karaoke , cee padahal diddy tolong bayar .
I mean , pinjam duit okay :p biarlah !
Lepas dah karaoke tu , around 3am kami masuk highway menuju ke .. ke .. err ..
PENANG ! Penang ? Seriously ? Yeah , PENANG HERE WE COMEE !

Hehehe otw tu , abg Sam drive kereta kami . Abg Sam , Jimie , diddy , i and Bella naik satu kereta . Ayep , Macha , kak Shikin dan Biha satu lagi kereta . Masa dekat highway tu err .. aku .. err .. aku tidur je >_< Last yang aku ingat bila dekat terowong tu je -_- Maklumlahh ada bantal mudah alih haha . Sampai je Penang , err semua tidur ! Ke aku sorang je yang tidur ? Wehh aku taktau apa-apa , aku taktau pun masa tu kita dah ada dekat seberang haha . So aku skip jela eh ? :p
Pagi tu kami ke Batu Feringghi (camtu ke eja ?) !
Weeeeee ~
Err .. ermm .. seksi ke ?
Ombak besaa , lariiii ~
Cee santai ~
 Lepas pergi pantai tu , kami lunch then Jimie cakap duit PTPTN dah masuk !
Yeahhhhhh ! Hehehe tapi sedih sebab lepas makan tu terus balik Ipoh :(
Tak sempat shopping ke apa ke . Aku hanya mampu melihat Forever 21 dekat Queensbay Mall tu dari jauh je :(
Masa nak balik tu .. err aku .. aku tidur jgak ! Haha
Aku tersedar masa dekat Plaza Tol Jelapang je , tu pun sebab .. sebab ..
Eheh , yang ni secret antara kami je !
Hehe memang semua orang dalam kereta terkejut kecuali Ayep yang gelak-gelak dekat abg Sam . Haha terus hilang mengantuk tauuu :p

Sebelum balik kampus , kami amik Apiz dekat KTM Batu Gajah . Kesian dia tunggu lama , sorry Apiz , tak sempat on time . Balik tu sedih sebab lepas ni dah tak jumpa abg Sam dengan Ayep dah :'( Sedih sangat-sangat , yelaa lately ni kami rapat . Masa part I dulu suka diorang tauu masa MDS , sedar-sedar part III dah bekerjasama dengan diorang sebab kami jadi SMF tu then terus rapat ! Lepas tu , tak boleh jumpa dah sebab abg Sam dah praktikal and Ayep dah habis belajar . Sekejap je masa berlalu kan ? :(

To geng overnight : Diddy , Ayep , abg Sam , Macha , Jimie , Bella , Biha dan kak Shikin .
Thank you sebab ceriakan hidup i , ada masa kita hangout lagi tau ! :( Sorry kalau ada terkasar or terbuat salah apa-apa . Semoga sukses , aminn .

To Apiz : Sorry lambat , tak sengaja tauu

To diddy : Diddy , thanks teman saya tau tau ! Happy dapat bersama dengan awak balik hehehe :3 Dah la esoknya awak teman saya shopping lagi kan hehe . 
Saya sayang awak ^-^

.
.
.
.
.

Heyy , cerita tak habis lagi okay !
Tapi ni tajuk lain tau haha .
Macam yang korang tau (kalau korang tau lah) , dari part I sampai part III aku kelas E .
ACS1101E , ACS1102E dan ACS1103E .
So part IV ni aku tak fikir panjang memang aku masuk kelas E jgak lah , ACS1104E .
Dalam 6 course yang kena amik sem ni , aku boleh daftar 4 course je kelas E .
Lagi 2 , QMT200 & CSC248 tak ada dekat kelas E .
So aku try daftar CSC248 dekat kelas C tapi penuh , bila daftar dekat kelas A , B and D clash plak !
QMT200 plak tak boleh nak daftar lagi sebab CSC248 tak daftar lagi takut serabut plak .
So at last aku pergi jumpa mommy , Pn Normah Ahmad .
Mula-mula tu Pn Normah macam taktau jgak nak buat apa , last-last Pn Normah marah aku masuk kelas E . Bukan marah la , macam tegur kot . Entahlaa .



Puan : Awak daftar kelas mana sebenarnya ?

Aku : Kelas E tapi QMT dengan 248 sampai kelas D je . 248 clash -.-

Puan : Awak ada repeat apa-apa ke ?

Aku : Tak , saya tak repeat apa-apa sem ni last sem je repeat 159 .
Puan : Laa dah tau tak repeat awak masuk kelas repeat kenapa ? Repeaters pun dah ramai , awak nak ramaikan lagi kelas tu kenapa ?

Aku : Ala puan , kan dari part I saya kelas E .. Tak boleh ke ? :(

Puan : Balik ni , awak tukar semua kelas . Pilih kelas A , B , C atau D . Awak tak repeat apa-apa tak boleh masuk kelas E !



So lebih kurang macam tu lah conversation aku dengan Pn Normah .
Balik tu aku tengok balik QMT200 and CSC248 kot kot dah tak clash ke , tapi hampa ..
Dengan kekuatan yang ada , aku tukar semua course kelas A .
A jela yang mampu , B aku tak kenal sesiapa , C penuh , D taknak .
Lagipun last sem Java aku kelas A so macam dah kenal la .
Ada WMS , Amir , Lan , ramai la jgak yang kenal .
First class aku dengan diorang kelas CSC318 , Operating System .
Mula-mula aku macam diam je , yela tak ada kawan kan .
Then next class masa Linear Algebra I pun aku diam lagi , fuhh dah start belajar kot .
Nasib baik masa depan-depan tu senang sikit sebab dah belajar masa sekolah .
Then ada lah lagi 2 kelas lepas tu .
Semua tanya aku , aku tukar terus ke , kenapa tukar , kenapa masuk A , kenapa tak masuk E .
Hee thank you korang , sudi bercakap dengan aku hehe .
Paling best ada sorang ni , taktau nama . Dia cakap "Haa kalau tak perempuan ada 7 , kau dah masuk sini jadi 8 la . Dah genap dah"
Tersenyum aku dengar , at least diorang semua terima aku lah :)

Bila aku cakap dekat diorang aku tak ada kawan , diorang cakap "Tak apa , aku ada" .
Wahhh terharu weh ! Thank you tau korang .
From now on , aku officially kelas A !
In fact , aku rasa macam dah sayang korang la . 
Sikap korang kira disenangi la , ramah , and faham keadaan aku .
Cee padahal baru berapa kelas dengan korang kan .
So nak cerita lagi , malam tu mak i call ~
Dipendekkan cerita , aku cerita dekat mak yang aku tukar kelas .



Mak : Kenapa tukar kelas ?

Aku : Sebab adik tak repeat apa-apa , tu kelas repeat . Tapi kawan adik semua dekat kelas E , adik tak ada kawan dekat kelas A . (Tahan air mata masa ni)

Mak : Tak apalah kalau tak ada kawan , nanti dalam kelas sembang-sembang la , kenal la dengan kawan baru . Lama-lama nanti adalah kawan dekat kelas tu . Tapi kalai nak berkawan pilih orang betul , boleh percaya ke tak .



Sebak aku dengar , macam kena berpisah selamanya plak dengan E kan .
So bila aku fikir-fikir balik , buat apa nak emo lebih-lebih kan .
Kelas A tu tak adalah teruk mana , eh tak teruk langsung !
Aku agak bersyukur masuk kelas diorang sebab err yela diorang belajar serius .
Tambah plak perempuan semua duduk depan sekali ^-^
And yeah , bila aku dah tak ada kawan apa je yang boleh buat dalam kelas kan .
Main pun tak boleh , so aku macam terdorong untuk belajar la .
Syukur alhamdulillah , aku boleh fokus dalam kelas .
Harap-harap sampai habis sem la aku macam ni , aminn .
Aku nak naikkan pointer lagi , insyaAllah aminnn ~
Korang yang kelas E tu , belajar rajin-rajin tau !

And nak dijadikan cerita lagi satu , entah macam mana aku boleh tercampak dari M1131 . Huhu , turun level bawah M1017 . Mula-mula tau tu happy gila sebab tak payah panjat tangga semua dah . Then bila pindah bilik tu macam kecewa plak sebab kipas kecik , locker semua kecik . Bila dah duduk sini , best plak . Ingatkan kipas kecik , panas . Rupa-rupanya , sama je . Sejuk ~ Barang plak no hal je , sebab roomate aku semua baik ! Kami share share tempat letak barang . Alahai barang aku sem ni pun tak banyak :3 Terasa luas la jgak bilik ni lepas kitorg ubah suai haha . Roomate aku ? Ehehe Atikah Sulaiman and Diana Zuhairi . Diorang baik sangat , alhamdulillah tak dapat roomate yang .. err .. yak tak okay . Diorang peramah , setiap malam mesti ada member yang berkunjung . Kira hampir 1 floor ni dah rapat . Cee , dah kenal sikit-sikit dah member diorang . Atikah peramah , bersikap keibuan :) Diana plak lembut orangnya , muka dia cantik :D Ehehe nanti sambung ubah suai bilik lagi ye , nak laaagi luas ! Haha


Okaylah , panjang sangat dah ni .
Thank you for reading !
Assalamualaikum .