June 29, 2013

Bekas Kekasih - Hanis Zalikha

Assalamualaikum semua ! :)

Baru-baru Alyn ada masalah dengan encik bf dengan ex dia , perghh besar juga masalah tu --' So dah bengang sangat Alyn terus Google tanda lelaki curanglah , ex-gf bf kacau , orang ketiga semua tu , and Alyn terjumpa satu post yang menarik which is from Hanis Zalikha . Memang makan dalam post dia ni kalau orang tu terasa , so Alyn copy and paste di blog ni sebab tau ex dia mesti baca punya --' Btw , tak expect pun famous blogger nak view blog Alyn ni , tapi thanks ye sebab tolong tegur Alyn tak mention Hanis Zalikha . Hee serius sorry , sumpah terlupa . Kalau tak nak credit sebelum goodbye tu tapi excited sangat pasal post ni , publish terus share merata-rata . Bad Alyn , so bad . Anyway , ni Alyn dah mention awal-awal ni , post ni Alyn copy , paste and touch up dari blog Hanis Zalikha .

Hehe post kali ni tak ada kena mengena pasal hidup Alyn .
Tapi ada kena mengena dengan hidup orang lain kot , teeettttt hahaha .
Tengok tajuk , 'Bekas Kekasih' ?
Haha makan dalam tak ?
Jom usha , korang ni bekas kekasih yang macam mana .

1. PATHETIC LIKE KATY PERRY
Katy Perry memang suka layan perasaan . Kisah cinta terhalang , berpisah bukan atas kehendak masing-masing, blablabla . Kalau buat videoclip mesti hero dia mati , nak menggambarkan yang keputusan untuk berpisah tu bukan di tangan satu sama lain . Sangat kasihan , puihhh ~

-Thinking Of You : "You said move on where do i go.. I guess second best it all i will know.. And yes i do regret, how could i let myself let you go.."

-The One That Got Away : "In another life, i would make you stay.. So i don't have to say you were the one that got away.. I should've told you what you mean to me cause now i pay the price"

Gosh , pathetic gila -.-

2. TOO HOPEFUL & OVERCONFIDENT LIKE MARIAH CAREY
Mariah Carey tak pernah lepaskan orang betul-betul . Dia mesti bagi hint yang dia nak lagi dekat orang tu kalau orang tu tetiba datang balik . Dia cheeky , confident , perasan hot . Dia memang hot , so tak apa . Yang lain tu , errr ... Kita panggil golongan ex yang macam dia ni sebagai 'Hopelessly Hopeful Romantic' . Oh sangat sepadan .

Bagi dia , "Oh aku hot so you're gonna come back to me . Kalau aku let go sekarang pun nanti kau confirm akan tersedar we belong together because you will always be my baby so don't forget about us ."

-We Belong Together : "I didn't mean it when i said i didn't love you so.. I should've hold on tight i never should've let you go" 
"Baby there ain't nobody better , we belong together"

-Always Be My Baby : "Now you wanna be free , so i let you fly , cause i know in my heart , our love will never die"

Confident kau "I let you fly.." then dia jumpa orang lain , byebye fly away terus !

-Don't Forget About Us : "Oh they say that you're in a new relationship , but we both know nothing comes close to what we had"
Well this is BULLSHIT ! You know what , Alyn pernah baca something like that on my bf's ex's blog . Kemain janji tak ganggu semua , blabla tapi still menyibuk hal orang . Haihh tak malu ke ? Masih blogging pasal my bf even diorang dah lama breakup . Dah bertahun kot , still nak kacau . Kalau taktau tak apa , ni dah tau he's with me sekarang . Sumpah gedik gila dia ni -.- Sibuk hal orang then bila Alyn marah , dia pun sibuk nak melenting cakap Alyn ni macam-macam . Then dia cakap taknak ganggu dah , doakan Alyn dengan dia happy blablabla tapi still kutuk-kutuk juga . Hipokrit gila . Dalam diam , dia ada contact juga rupa-rupanya . Mula-mula Alyn baca blog dia tu , sumpah rasa serba salah sebab rasa Alyn ni macam ganggu hubungan diorang plak . Bila Alyn minta break , ex dia beria-ria pujuk Alyn cakap dia dah berubah bagai , fuuuhh kisah lama tapi still ingat . Eh Alyn takkan lupa semua tu ! -.-
Nak tau betapa sakitnya hati Alyn bila diorang buat macam tu ?
Nah baca blog ni , pepandai lah korang baca post tarikh yang mana haha .
Alyn start couple dengan lelaki ni June 25th 2012 tapi sebelum tu pun lelaki tu memang dah ada awek . Lelaki tu pun sama je perangai , baca blog tu and korang akan faham mereka ni macam mana . Dalam diam ..
Bacalah post yang bertarikh semasa Alyn couple dengan lelaki tu , and tell me if Alyn tak patut rasa marah or whatever . Bukan niat nak malukan , nak bagi sedar diri . Ni kisah dulu , tapi bersambung di Twitter .
Fahamilah , Alyn bukan perempuan macam kau -.-
 
"When it's real , it's forever so don't forget about us"
Dafuq ??
3. HEADSTRONG LIKE ADELE
Adele memang tak faham bahasa . Orang dah tinggalkan dia untuk kahwin dengan orang lain , boleh dia datang wedding orang tu tanpa dijemput ? Ex macam ni serius merimaskan . Then tetiba "Nevermind i'll find someone like you.." apahal ? Kenapa nak cari orang yang lebih kurang sama juga ?? Carilah orang yang lebih baik , tu pun kalau awak tu cukup baiklah . Haha tak guna juga nak yang baik tapi diri sendiri ke laut . Sudah-sudahlah tu , jangan ganggu orang yang dah ada hubungan baru yang indah .


-Someone Like You : "I hate to turn up out of the blue uninvited but i couldn't stay away , i couldn't fight it , i'd hoped you see my face and then you'd be reminded that for me , it isn't over.."

-Rumour Has It : "She , she ain't real.. She ain't gonna be able to love you like i will"
"I heard you've been missing me , been telling people things you shouldn't be"
Ya Allah ..
-.-

4. LAZY LIKE THE SCRIPT
Ni jenis ex yang sayang dan cinta (puihh) tapi do nothing ! Ada juga orang macam ni , hahaha . Dia just harap the universe will somehow work its magic untuk satukan diorang kembali , tawakal la tu . Tapi jangan lupa , tawakal dan doa saja tak cukup dan tak kemana pun tanpa usaha .

Sadis gila , dia tau apa dia nak tapi tak ada daya langsung . Try lah dengar The Script ni , setakat duduk satu tempat , harap kekasih tu cari dia . Then kecewa sangat , hangout dengan kawan-kawan sampai mabuk baru nak call balik orang tu . Then jerit-jerit nama orang tu satu bandar . Errr , .. okay --'




-The Man Who Can't Be Moved : "Going back to the corner where i first saw you , gonna camp in my sleeping bag , i'm not gonna move"

"One day if you wake up and find that you're missing me , and your heart starts to wonder where in earth i could be , i'm thinking maybe you'd come back here"

-Nothing : "Am i better off dead , am i better off a quitter ?"


5. CRAZY LIKE TAYLOR SWIFT
Hah , taktau lagi Taylor Swift ni macam mana . Lagu dia je pun dah berkait , haha . Tak percaya ? Mula-mula happy nyanyi lagu Love Story , then confident sangat You Belong With Me . Dah dapat tu , Two Is Better Than One konon , Today Was A Fairytale , Mine bagai haha . Dah bergaduh , Back To December nak balik orang tu , bila tak dapat We Are Never Ever Getting Back Together , padahal memang orang tu dah taknak dia balik pun --' Cari pengganti , Begin Again haha lepas tu I Knew You Were Truble then tetiba Everything Has Changed . Pffttt apakah semua ini ?


-Back To December : "These days i haven't been sleeping , staying up playing back myself leaving.. When your birthday passed and i didn't call.. And i think about summer , all the beautiful times , i watched you laughing from the passenger side , realized that i loved you in the fall.. " 
Ini taktau lah spesis apa bila orang tu dah tak ada baru terhegeh-hegeh nak balik -.-
"You gave me all your love and all i gave you was GOODBYE"

-We Are Never Ever Getting Back Together : "We are never ever ever getting back together , we are never ever ever getting back together.. You go talk to your friends , talk to my friends , talk to me.. But weee are never ever ever getting back together.."
Seriously ? Never ever getting back together konon , tapi cari juga ! Puih puih !
"I'm really gonna miss you picking fights ,  and me falling for it screaming that i'm right ,
and you would hide away and find your peace of mind with some indie record that's much cooler than mine"
Seeeee ? Menyampah betul golongan ex macam ni . Mulut cakap taknak , blabla kemain lagi , buat macam ex dia nak dia balik padahal dia yang nak ex dia balik . 

So , korang rasa korang ni ex yang macam mana ? Kalau tak ada satu pun macam dekat atas , baguslah ! Hehe tahniah , anda tak annoying :) Tapi kalau ada satu or dua tu , bolehlah diperbaiki diri tu . Tu tak apa lagi , ni ada yang semua tu ada dekat dia . Orang macam ni memang .. err taktau macam mana dah nak describe dia haha . Menyampah plus annoying tahap -999 dah ni -.-

P/s : Secara jujurnya post ni memang khas untuk sesiapa yang memang terasa or tetiba marah sekarang ni . Gua dah cakap , jangan ganggu hidup gua . Ke tak faham maksud mind your own business ? Jangan buat gua marah okay ? Dulu gua fikir nak kawan dengan lu , lama-lama tau perangai lu macam lalang , gua rasa nak hentak je . Mula-mula tak apa lagi , lama-lama gua pun hilang sabar der ~ Gua harap ni last lu buat gua marah macam ni , dah banyak kali sangat lu buat gua marah tapi gua sabar . Ni kira tahap terawal tak boleh nak sabar lah ni . Lu buat gua marah lagi , buat hal lagi , tunggu la gua nak buat apa plak k . Salah orang lah nak cari gaduh dengan orang pendam dan pendendam macam gua . Sorry buat lu rasa malu ke apa , eh tau ke rasa malu macam mana ?

Di-copy dan diubahsuai sikit dari blog Hanis Zalikha .
Maaf ye , tadi terlupa nak credit , hehe :3

Angry Alyn is angry .
Sekian , maaf agak kasar post ni :3
Assalamualaikum .

June 20, 2013

Part V Di UiTM Seri Iskandar

Assalamualaikum semua !
Apa khabar ? Hehe harap semua sihat je .
Lama juga tak update , sorry guys .
Maklumlah semester 5 baru bermula .
Agak banyak juga benda yang Alyn kena settle kan -.-

Macam biasalah , awal-awal semester mesti jumpa masalah yang sama dengan setiap hujung semester .
Siapa yang akan hantar Alyn ke kampus ?
.. dan sekali lagi Alyn terfikir ..
"Kalau abah ada lagi , mesti abah hantar"
Teringin nak abah hantar Alyn pergi kampus , angkat barang macam ayah orang lain juga .
Nak salam , cium tangan abah , peluk abah sebelum abah balik rumah lepas hantar Alyn ke kampus .
Mesti abah buat lawak macam selalu nak bagi Alyn gelak :)
Abah tau bila Alyn akan rasa gementar , hehe .
Oh , sebak .

Kali ni , kakcik hantar dengan mak je .
Tu pun jenuh mencari orang .
Hari Sabtu petang kami bertolak dari rumah .



Cuba teka Alyn dekat mana ?
M1018 !
Sexy tak Choki dekat atas katil tu ? Haha

 Second day , beli makan dekat DM yang mampat tu -.-
TERpakai baju itik Building hehe :D

 Ahah , baju AJK plak tu .
Err mesti ada orang marah , lalala ~

 First class , semangat kot !
Datang 15 minit lecturer suruh balik .
Then satu hari tu tak ada kelas , membazir betul baju kurung sehari tu -.-


 Seminggu lepas tu , Alyn dengan Bella tidur rumah Biha .
Hehe kami jalan-jalan then masak untuk family OC dan KOSISWA hehe :)
Masak apa ? Jeng jeng jeng..

Ehehe ni dekat rumah Biha , nak balik kampus dah :3
Parents Biha sangat sweet weee ^-^
Diorang sporting , i likeee :D

 Tadaaaaa ~
Alyn dengan Bella prepare makaroni bakar .
Biha prepare garlic bread dengan mushroom soup .
Habis semuanya , hehe .
Okay tetiba lapar -.-

 Ni siapa ? Ni Bella .
Dia pakai cantik-cantik tadi , sayangnya boipren dia tak ada kelas tadi .
So tangkap gambar je , tunjuk hehe .

Dah tu je gambar awal-awal semester ni .
Semester ni maybe akan jarang berblogging since Alyn nak focus belajar .
Apa-apa pun , doakan Alyn berjaya ye ?
Amiiinn ~

Sekian , assalamualaikum .

June 9, 2013

Wishlist : Driving Licence

Assalamualaikum semua !
Hehe lama tak jumpa :3
*Pernah ke jumpa ?
Wahaha tengok tajuk , korang boleh teka kan ?
Tak boleh eh ? Okay tengok wishlist Alyn dekat sidebar tu .
Checked dekat DRIVING LICENCE kaaan ? Weeeeeee ~
Hehe jom Alyn story dekat korang :D

Lepas dah lulus test JPJ hari tu , pakcik bawa Alyn pergi JPJ hari Jumaat lepas .
Pukul 7.30 pagi lagi Alyn dah tunggu pakcik dah .
Lepas ambil Alyn pakcik hantar makcik pergi kerja dulu .
Then baru pergi JPJ , weeee ~
Pukul 8.15 pagi kot sampai JPJ .

Dah sampai tu pakcik suruh keluarkan test card , gambar , lesen motor yang baru kompeten tu dengan duit siap-siap nanti tak payah nak kelam kabut dekat kaunter tu .
Around 8.20 pagi tu Alyn ambil nombor giliran .

 
Tengok baru ada 3 orang je kot masa tu , ye lah awal lagi kan ?
Tengok 1 kaunter je buka , kaunter lain semua tertera "MAAF GANGGUAN TALIAN KOMPUTER" tapi Alyn abaikan je sebab tak faham maksudnya apa haha .
Ke sebab excited sangat sampai dah tak hairan pasal benda lain . Eh ?

Sampai je giliran Alyn terus pergi kaunter tu .
Lepas tu dia bagi borang permohonan lesen memandu *lupa tangkap gambar haha .
Lepas dah isi tu Alyn ambil nombor giliran baru .
Lepas tu diorang semua kecoh cakap permohonan or apa-apa yang berkaitan dengan lesen P tak boleh buat sebab gangguan talian komputer tu la -.-
Rasanya JPJ seluruh Malaysia mengalami masalah yang sama .

Pukul 9.20 pagi tu Alyn mesej pakcik suruh balik dulu .
Kesian plak pakcik kena tunggu sorang dekat kereta .
Alyn balik dengan bas je , lagipun nak dating dengan Mayra plak :3
Masa tu JPJ dah penuh dah , ramai yang pegang test card tu .
Means diorang pun nak mohon lesen baru lettew ~
Nasib baik Alyn antara yang terawal , heee .
10.00 pagi kakak kaunter 6 panggil minta test card Alyn .
Dia cakap nak pakai sistem lama ke apa benda entah la .
15 minit lepas tu dia panggil nama .
Eh dah siap ? Yeayyy ! Kena RM35 sebab combine dengan lesen motor .
Selama ni Alyn terfikir , lepas ni kena tampal P balik ke dekat motor sebab nak combine lesen motor dengan kereta ni ?
Ouh tak apalah kalau kena tahan tunjuk lesen kompeten motor je .
*Monolog ~

Tetiba .. jeng jeng jeng !

Seeeeee tak ada P ?
Oh my God , happynya sayaaa weee ~
Masa keluar dari JPJ tu sengih sorang-sroang pergi bus stop haha .
Terus kompeten wehh , alhamdulillah .
Baru lulus test JPJ 2 hari , tak payah tampal P dekat kereta weee ~
*Bajet ada kereta -.-
Mula-mula tu ingatkan kakak kaunter tu tersalah buat lesen tu .
So Alyn call pakcik nak confirmation .

Alyn : Pakcik , Alyn nak tanya ni . Kan lesen tu , Alyn dah buat dah . Dia terus kompeten eh ? Bukan lesen P ?
Pakcik : Hah Alyn dekat mana ni ? Dah dapat ke lesen tu ?
Alyn : Ha ah dah dapat dah , tengah tunggu bas . Nak tanya je ni pakcik , Alyn terus dapat lesen kompeten eh ? Tak ada P ?
Pakcik : Hah memang lah .
Alyn : Ouh ingatkan lesen P , hehe okay pakcik tu je nak tanya .

Weeee ~ Tak sia-sia Alyn ambil lesen motor lama dulu .
Maybe sebab P motor dah habis , so terus kompeten hehe .
Weee motor dengan kereta tak payah P dah ~
Lepas tu Alyn tunggu lah bas , dah janji jumpa Mayra dekat Medan Kidd .

Dah sampai Medan Kidd , mak aihh lambat plak bas nak pergi Jusco Ipoh ni .
Padahal bas pergi Station 18 dah 2 dah berlepas -.-
Nak aje naik bas tu , eh ?
Haha 15 jam kemudian baru bas tu datang , uuu Perak Transit lagi :3


Dah sampai JJ tu terus cari makan :3
Lapar weh ! -.-

Om nom nom nom
Spicy Chicken McDeluxe tak habis , then menyesal tak bawa balik :(

Lepas makan , tadaaaa shopping time ~
Mula-mula pergi keluar duit dulu , hehe .
Memandangkan Alyn rabun , so terfikir nak beli contact lens yang ada power .
So masuklah kedai , orang tu kata lens yang tak ada power or ada power harganya sama je .
So Alyn pun cek la mata sebab nak tau power berapa , tau Alyn rabun sebab dah 2 kali cek sebelum ni cakap Alyn rabun dengan power yang agak kuat .
Tapi orang kedai tu kata Alyn rabun biasa je , power 20 macam tu je .
Pfffttt nampak sangat yang dulu tu nak pancing Alyn buat spec -.-
So Alyn beli yang tak ada power , warna Hazel dah habis so ambil yang Brown jeee -.-


1 - RM35
2 - RM70
3 - RM100

Okay 1 je cukup :3 Haha .
Then masuk The Body Shop plak , oh yeahh tengah sale !
Beli perfume and cologne sayaaaaaaaaa ^-^


Weee Vanilla sayaaaa ~
Sukanya dapat beli Vanilla ni , bau dia soft sangat-sangat !
Awww dah lama tak bau , last pakai .. err beberapa tahun lepas .
Lepas tu pakai perfume Vanilla Soft Musk beli dekat Avon tapi tak best sebab tak tahan lama -.-
Satu botol besar tu tahan berapa bulan je -.-
Produk The Body Shop ni in syaa Allah tahan lama .
Errr boleh percaya ke ? Haha entah taktau :3

Lepas tu baru meneruskan misi utama iaitu cari earphone .
Ahah susah sikit nak cari earphone ni , Alyn tak nak earphone design baru .
Nak design lama tapi susah nak cari sebab design macam tu memang dah tak keluar dah .
Kalau ada pun , tak padan dengan phone Alyn .
Tak pun , tak ada mic hmm :(
So Mayra cakap cari dekat Ipoh Parade plak , okay .
Tunggu bas pergi Medan Kidd balik .

Dari Medan Kidd naik bas pergi Ipoh Parade plak .


Patutnya dapat 2 je , uncle tu bagi 3 .
Okay tak apa , bukan kena bayar lebih pun .

Sampai je Ipoh Parade terus cari earphone .
Yeayyy jumpa ! Warna putih plak tu dan ada mic ~


Curang sekejap , kantoi 'For iPhone' di situ -.-
Dia bagi 2 pilihan je , both original .
Yang atas tu dengan lagi satu ada button dekat mic untuk answer call .
Tapi yang lagi satu tu RM69 kot .
So Alyn test yang atas tu , wuhuu dah okay dah .
Alyn minta murah , dia bagi RM45 .
Okaylah tu , bukan senang Cina nak bagi murah .
Racist ! Racist ! Haha . Tata duit ~

Malangnya balik tu , nak gayut dengan mok tak boleh sebab tak detect mic hmm :(
Masa beli tu , Alyn test dengar je tak test cakap .
Okay tu memang gopoh namanya -.-
Ingat nak jual balik dekat orang lain tapi sayaaaaaang sebab cantik :(
Haish tengoklah kalau jumpa yang lain , baru jual yang ni -.-

Okay tu je nak cerita .
Sebenarnya nak cerita pasal lesen tu je , hewhew .

Sekian , assalamualaikum .

June 6, 2013

My Big Day

Assalamualaikum semua !
Weee rasa macam dah lama je tak update , cehh padahal baru berapa hari je haha .
Ala sorry lah , biasa lah tengah cuti semester kan .
Duduk rumah bukan buat apa pun , so nak update pasal apa je kan -.-
Tapii cuti ni Alyn ambil kesempatan untuk ambil lesen kereta .
Kereta je ? Lesen motor ada Alyn dah ambil lepas SPM hari tu hehe :D
So kali ni cuti lama jadi Alyn ambil lah lesen kereta plak .

Selama ni kalau Alyn ajak sesiapa pergi jalan-jalan , mesti diorang taknak bawa .
Jauh lah , nanti penat drive lah , hmm .
So biarlah Alyn ambil lesen ni , tak payah susahkan orang lain kan ?
Jauh , penat drive pun tak apa bukan orang lain yang rasa .
Alyn teringin nak pergi satu tempat ni , tempat tu common sangat .
Siapa yang tak pernah pergi tu memang loser sangat , macam Alyn haha .
Hey , at least kita ada geng tau !
Err mana ? Hehe i-City je pun :3
Alaa sorry la , Alyn tak pernah sampai ke sana .
Memang lah orang kata dekat sana tak ada apa pun , cuma ada pokok yang berlampu .
Tak kisah , pergi Kinta Riverfront pun dah excited hehe tapi tak best sebab ada macam bar dekat situ tak best banyak orang Cina minum arak .
Tapi .. eh , Alyn suka tempat macam tu .
Suka sangat-sangat , hee cantik whaaaat :)
Jealous tengok ramai yang dah pergi , Alyn pun nak pergi juga .
Kalau nak tunggu orang lain bawa , hmm sampai sudah tinggal harapan je --'
So baik pergi sendiri je weeeee ~

Tu antara sebab utama Alyn nak lesen kereta .
I-City ? Seriously ? Yes i am .
 Sebab lain ? Ahah umur dah meningkat , nanti malu nak ambil lambat .
Lagipun lepas ni taktau bila ada peluang (masa dan duit) lagi kan ?

Ahah jom mula story mory !
Alyn ambil lesen ni dengan pakcik Alyn , dia guru memandu di LSA .
LSA ? Litar Sistem Adilkap , dekat Tasek berhampiran Taman Anda .
Dulu ambil lesen motor pun dekat sini juga :)
Guru-guru dekat LSA ni semua bagus-bagus belaka .
*Ehehe bodek :D
Click SINI untuk ke website LSA .
Walaupun website tu macam dah lama tak update , tapi dekat situ ada contact number guru-guru memandu .
So siapa berminat boleh lah pilih mana-mana guru yang korang nak .
Nombor telefon pakcik pun ada dekat situ , hehe Alyn plak yang bangga .

Lepas seminggu cuti semester bermula , Alyn terus bagitau pakcik nak ambil lesen kereta .
Pakcik pun laju je buat kerja , berapa hari lepas tu je dah boleh dengar ceramah 3 jam terus .
Ceramah ? Yep ceramah terus , tak payah buat ujian komputer dah sebab L motor dulu dah ada .
Masa ceramah tu Alyn berkenalan dengan Anem , anak murid pakcik juga .
Anem ni budak UiTM SI juga , part 2 EM .
So masa ceramah tu duduk sebelah dia , haha kitorang merungut mengantuk -.-
Hee lepas ceramah 3 jam tu , belajar praktikal plak 3 jam juga .
Praktikal ni belajar serba-serbi pasal kereta lah .
Enjin , clutch , minyak , gear dan sebagainya .
Lepas dah belajar semua tu oh yeahh dah boleh drive !
Tapi tapi tapi , Alyn ni memang taktau drive langsung !
Haha kalau ikutkan pedal clutch , accelerator dengan brake pun taktau yang mana satu haha .
Memang zero zorro knowledge la pasal driving ni .
Dulu arwah abah ada cakap nak ajar Alyn driving tapi tak sempat , arwah dah pergi .
Lepas tu mok mok plak cakap nak ajar tapi tak ada masa , yela kena sewa kereta plak kan -.-
Hehe tapi lepas pakcik explain pasal kereta tu , Alyn ingat sikit-sikit la pasal semua tu .

FIRST TIME DRIVING
Weee excited nya itewww ! Haha :3
Mula-mula tu rasa macam cuak sikit lah, err tak . Cuak banyak .
Alyn ni jenis gelabah orangnya , tapi pelik masa final exam kemain lagi boleh enjoy .
Teghok benoo Alyn ni -.-
Ahah mula-mula drive tu , pakcik ajar bagi kereta bergerak je dulu .
Masuk gear 1 , lepas clutch tekan minyak .
Uuuuu ~ Kereta dah bergeraaaaaak ~
Nampak tak excited dia ? Haha .
Lepas tu belajar reverse plak , hehe .
Dah boleh gerakkan kereta ke depan , ke belakang tu baru pakcik suruh drive pusing-pusing dekat LSA tu .
Sampai habis 3 jam , yeayy settle dah Bahagian I untuk lesen kelas D !

Beberapa hari lepas tu , pakcik call belajar lagi .
Ahah kali ni pakcik memang otai lah dah boleh suruh Alyn drive dekat highway masa otw nak pergi LSA tu :3
Haha okay masa ni Alyn start belajar Bahagian II .
Bahagian II - Parking , 3 penjuru dan bukit .
Perhh masa mula-mula ni semua rasa susah je ~ Hmmpphhh !
Awal-awal belajar tu perrrhhhh taktau berapa kali mati enjin .
*Serius , i lost count -.-

Lepas tu pakcik bawa Alyn pusing-pusing dekat 3 jalan untuk test JPJ nanti .
Tapi test JPJ nanti pegawai JPJ tu akan tentukan kita akan ikut jalan mana .

Jalan E : Dari LSA lalu depan JPJ then masuk Kg Simee .
Jalan ni akan jumpa 3 traffic light , 1 roundabout tapi banyak berhenti .
Bagi Alyn jalan ni paling senang .

Jalan F : Dari LSA lalu depan JPJ dan akan jumpa stadium dan Jusco Ipoh .
Jalan ni akan jumpa 5 traffic light , 3 roundabout .
Bagi Alyn jalan ni susah sikit dan agak jauh . Susah bukan apa , sebab tu jalan utama so banyak kereta .

Jalan G : Dari LSA masuk kawasan Bercham .
Jalan ni akan jumpa 4 traffic light .
Bagi Alyn jalan ni senang tapi tak ingat sangat sebab tak pernah lalu situ .
Jalan E dengan F tau lah juga sebab dulu duduk dekat FRU Quarters dekat dengan stadium tu so ada lah lalu situ juga .
Dah cuba nak ingat jalan G ni tapi ada 1 simpang tu selalu confuse nak masuk kiri ke kanan , haish .

So kita skip cerita , dah lama-lama berlatih ni Alyn dah dikira pandai lah kot driving .
*Ada kot ye di situ haha 
Tak lama lepas tu Alyn terus buat ujian penilaian .
Haa lepas ceramah 3 jam hari tu Alyn tak jumpa Anem dah .
Tapi Alyn jumpa Najwa plak . Kenal tak ?
*Krik kriik kriiik 
Haha Najwa ni jiran lama Alyn masa duduk dekat FRU Quarters dulu .
Kitorang punya rumah tingkat atas sekali , pintu depan-depan .
Haa memang rapatlah kiranya dulu , Najwa dengan mak dia selalu lepak dekat rumah kitorang hee .
Najwa ni baru lepas SPM , so muda 2 tahun kot . Eh yeke ? Entah malas kira .
So so so , Alyn berlatih driving ni dengan Najwa lah kiranya .
Eh lupa cakap , Najwa pun dah tak duduk dekat FRU Quarters dah .
Diorang pindah dekat area Manjoi haa :3
So selalu kalau nak berlatih , pakcik akan ambil Alyn dulu then ambil Najwa .
Lepas tu hantar makcik pergi kerja then baru pergi LSA .
Okay back to ujian penilaian .
Ujian penilaian ni kira macam pra-test JPJ lah kot .
Tapi orang yang menilai ni bukan pegawai JPJ , tapi guru driving dekat situ juga .
Alahai kawan pakcik pun , India and dia sangat sporting hehe :)
Penat je Alyn dengan Najwa cuak lebih-lebih haha bukan teruk sangat pun test nya .

UJIAN PENILAIAN
Masa ujian penilaian ni kitorang tak drive kereta pakcik yang selalu berlatih tu .
Tapi drive kereta uncle tu la , agak lama lah kereta dia .
Walaupun lama tapi best sebab clutch tak tinggi sangat , handbrake tak ketat dan stereng kecil comel padan dengan kami ni . Lalala ~
Okay masa penilaian ni kami tak pergi jalan E , F atau G .
Semua kena ikut uncle tu kena pergi kiri ke kanan ke , semua lah .
Mula-mula nak bawa tu agak cuak sebab tak pernah drive dengan orang lain selain pakcik haha .
*Haha , sweet tak ?
Tapi apa boleh buat , tak ada pilihan kan ?
Alyn pun drive je la , alahai macam drive dengan pakcik juga je .
Uncle tu macam ajar juga je , masuk gear berapa semua tu .
Tak rasa macam ujian langsung , serius :)
Kitorang pusing-pusing dekat Tesco Extra then balik LSA balik .
Masa nak balik LSA tu , ... hmmm .
Ada kereta dekat depan , Alyn bawa memang slow gila sebab tak boleh rapat sangat dengan kereta depan kan ? -.-
Pendek kata Alyn tak tekan minyak pun sebab rapat sangat haha .
Then sampai satu tahap ni maybe dah slow sangat kot , brrr enjin mati !
Haha uncle tu tanya "Kenapa tak tekan clutch ?"
Ahah mana lah saya tau uncle , heee .
Apa yang mampu Alyn buat ? Sengih jelaaa ~
Tapi alhamdulillah , uncle tu baik bagi Alyn lulus .
Dapat 17/20 weeee ~

Tapi rasanya kalau gagal pun tak apa , boleh test JPJ juga . Kan pakcik ?

BAD DAY
Setelah berlatih driving agak lama , jeng jeng jeng tibalah masa yang mendebarkan .
Sehari sebelum test JPJ tu kitorang memang belajar lagi .
Tak ada masa aih nak tenangkan fikiran semua tu .
Bak kata pakcik laa "Kita pulun habis !"
Ahah sehari sebelum test tu iaitu kelmarin , taktaulah kenapa sway sangat Alyn ni .
Parking buat 4 round , 3 kali tak berjaya , tiang jatuh .
Eh come on lah , sebelum ni dah okay kot --'
Masa nak test JPJ ni lah kau buat hal kan Alyn ?
Bukit plak mati enjin sekali , haish memang .. err taktau nak kata apa dah .
Sedih kot , rasa macam test JPJ esoknya tak ada harapan untuk lulus .
Malam tu gayut kejap dengan mok sampai menangis sebab takut dan rasa down sangat tapi mok tu taktau kenapa Alyn menangis haha -.-
Siap bernazar lagi kalau lulus nak puasa 5 hari .
Cehh puasa ganti pun tak habis lagi -.-
*It's not funny .. at all .
Hmmm , that was my worst day ever ! Eveeeeeer !

TEST JPJ
Ahah pagi tu pukul 7am haa Alyn dah tunggu pakcik , kali ni sharp je tak lambat sebab takut .
Lagipun memang pakcik suruh keluar awal so boleh berlatih sebelum test JPJ , phew ~
So sampai je pakcik bagi Alyn try dulu , Najwa duduk sebelah .
First trial , tak jadi . Hmm ~
Nak masuk parking tu tengok macam dah rapat sangat dengan tiang .
So daripada memalukan diri sendiri nanti tiang tu jatuh terus tak jadi buat parking haha .
Then 3 penjuru , bukit semua dah okay .
Second trial , berjaya sebab Najwa tolong guide.
Tu pun sikiiiiit lagi nak kena tiang , heh -.-
Thank you Najwa huhu :3
Dah buat parking tu terus cari kotak parking lain yang kosong .
Ingatkan nak berlatih lagi tapi pakcik suruh tukar dengan Najwa plak .
Ahah sedihnya itewwwwww ~
Najwa memang hebatlah , weee ~
Lepas 1 round parking , 3 penjuru dan bukit tu dia suruh Alyn drive balik practice parking .
Huhu terharu tau , thanks again Najwa .
Third trial , berjaya juga alhamdulillah .
Eh ni bukan test JPJ , takut test nanti sangkut plak -.-

Lepas dah berlatih tu , pakcik ambil kereta balik .
Kereta tu nak pakai untuk ujian Bahagian II kejap lagi .
So kami berkumpul dalam dewan A , kami bertiga ni sesi 1 .Bertiga ? Ahah ada lagi sorang anak murid pakcik yang ambil test hari tu juga .
Anem ? Bukan , Anem last week dah test dah .
Pakcik cakap dia macam tak okay drive , tapi dia lulus .
Anak murid yang ni lelaki , Hafiz namanya .
Muka familiar , tapi abaikan nak test ni -.-
So yeah , kami bertiga sesi 1 .
Ada nombor giliran tau . Alyn no 47 , Najwa no 48 dan Hafiz no 49 .

47 out of 61

Masa test motor dulu pun Alyn sesi 1 juga tapi no 37 .

Ye , Alyn still simpan :3

Nak buat macam mana Alyn ni jenis yang sentimental macam Letty dalam Fast & Furious 6 tu .
Eh ? Lalala ~ 
Lepas semua sesi 1 daftar dekat dewan A tu kitorang diberi taklimat or penerangan sikit pasal test kejap lagi oleh pegawai JPJ .
Then terus bergerak ke ruang menunggu untuk test Bahagian II .

BAHAGIAN II
Bukit



Di sini lah tempat kami menunggu giliran .
Perhh cuak kot ! Awal-awal lagi ada yang failed .
Hmm Alyn doa je dapat kereta pakcik , taknak kereta lain .
10 jam kemudian ..
Tibalah giliran Alyn , hmm takut sungguh .
Ingatkan dah last last ni sikit orang , tetiba budak sesi 2 dah datang haish .
Alyn buat macam biasa je , masuk kereta pakai seat belt semua .
Tetiba nak jalan , ... masyaAllah ketat benooo handbrake dia !
Heh -.- masa mula-mula nak jalan tu siap mati enjin lagi haha .
Tapi alhamdulillah , sekali cuba je dah lulus .

Parking
Hmm cuaknya itewwww ~
Alyn tak suka kotak parking 2 dengan 3 sebab jalan situ tak rata .
Selalu nak buat parking bila nak ke depan dia ke belakang haish .
Alhamdulillah kotak 1 memang kosong , Alyn terus berhenti situ .
Masa mula-mula nak buat parking tu tak henti-henti mulut ni ucap bismillah .
Alhamdulillah berjaya parking , tapi Alyn tak boleh nak happy sangat .
"Eh dah berjaya parking karang tetiba sangkut dekat 3 penjuru plak"
Tu Alyn cakap dalam hati je , supaya tak takbur haha .

3 penjuru

    
Kalau ikutkan 3 penjuru ni lah yang paling senang .
Tapi tak bermakna boleh lulus kalau senang pun .
Masa ni lah wujud perkataan careless mistakes .
Ahah tapi alhamdulillah Alyn berjaya juga walaupun hampir terlupa nak tarik handbrake , nasib baik tak lepas clutch lagi -.-
Dah habis buat 3 penjuru ni , Alyn nak hantar kereta balik mulut tak berhenti ucap alhamdulillah !

Kira Alyn dah lulus lah ujian Bahagian II ni .
Pegawai JPJ tu bagi ni dan cakap "Pergi pejabat cari abang Joe"
Dah siapa plak abang Joe ni -.-

Alhamdulillah
      
So dah habis tu tengok dekat kantin Najwa tunggu Alyn .
Hee dia pun lulus juga , alhamdulillah .
Tetiba Hafiz datang tanya macam mana .
Alhamdulillah semua lulus :)
Lepas dah jumpa abang Joe tu .. -.- kami pergi dekat ruang menunggu test Bahagian III plak .

BAHAGIAN III
Lepas jumpa abang Joe tu , dia cop test card tu then bagi balik dekat kitorang .
Masa ni dia bagitau Alyn dengan Najwa kena lalu jalan G , and Hafiz lalu jalan E .
Untunglah Hafiz heh -.-
So Alyn dengan Najwa pun pergi lah ruang menunggu tu .
Alyn cuba ingat simpang yang taktau jalan tu nak lalu mana haish .
Tetiba Hafiz datang tanya kitorang lalu jalan mana .
Then dia bagi ni , taktau mana dia dapat .

       
Walaupun ada 'peta' ni Alyn still keliru , haha lain macam je .
Tapi macam boleh agak kot simpang yang Alyn taktau tu kena belok kiri .
Thank you Hafiz , entah mana lah kau rembat benda ni kan ? -.-
So tibalah giliran Alyn , hee .

Masuk je kereta Alyn bagi salam , err dengan semangat .
Tapi taktaulah pegawai JPJ tu jawab ke tak , tapi Alyn tak dengar .
Tetiba rasa takut sebab macam garang je -.-
Pegawai JPJ tu berpangkat pakcik kot , tapi hormat la Alyn panggil encik :)
So Alyn betulkan seat , semua .
Masa nak betulkan side mirror belah kiri tu Alyn cakap "Encik , tolong betulkan cermin tu"
Haha pakcik yang pesan macam tu . Bukan pakcik je , memang semua guru pesan macam tu and aku selamber je ikut haha .
Pegawai JPJ tu "Hah , betulkanlah"
Amboiii nak minta tolong pun tak boleh hehe .
So terpaksalah panjangkan tangan ni betulkan cermin tu -.-
Lepas tu Alyn pakai seat belt , check lampu signal semua .
Eh tak habis check semua lagi pegawai JPJ tu "Hah boleh jalan dah"
Eh macam tu plak , taktau lah betul dah boleh jalan atau trick je tu -.-
So Alyn buat taktau je , play safe haha .
Alyn check emergency light dengan hon , okay dah baru boleh jalan .
Bismillah ..
Sampai dekat simpang tu , err confuse balik nak belok kiri or kanan .
Rasa macam kiri tapi kereta dekat depan semua belok kanan kenapa ?
Kenapaaaaaaaaaa ? Haish .
Tapi Alyn ikut naluri hati ni belok kiri , then tertunggu-tunggu je kot kot pegawai JPJ tu nak tegur salah jalan ke apa .
Dah belok tu , baru tau jalan ni betul alhamdulillah !
Hehe seronok rasa tapi tak boleh happy lagi , errr -.-
Tetiba ada satu simpang ni , Alyn berhenti .
Masa nak jalan tu kereta tak bergerak tapi Alyn tau sebab gear tak masuk so Alyn main tolak jela gear tu , dan .. bunyilah .. erm taktau nak describe macam mana .
Pretty sure korang tau bunyi gear tak masuk macam mana kan ? -.-
Pegawai JPJ tu macam "Hmmm"
Alamak Alyn gagal ke ni , hmmm .

Dah masuk LSA balik tu Alyn cakap terima kasih then keluar lah dari kereta tu .
Tengok result , yeayyy alhamdulillah lulus !
Dapat 17/20 juga sama macam ujian penilaian hehe .

Alhamdulillah

3 kesalahan : Penggunaan brek kaki / tangan , signal dan gear .
Ah tak kisah lah semua tu asalkan LULUS !
Alhamdulillah , baru boleh bangga dan senyum weeeeeee ~                   
  
Habis je terus mesej pakcik , eheh pakcik pun terus datang dengan senyuman .
Ahah macam yakin je kami ni lulus .
Eh lupa bagitau , kami semua lulus .
Najwa pun walaupun lupa pakai seatbelt haha -.-
Haha maybe dia okay dekat jalan raya :)
Alhamdulillah kami semua anak murid pakcik lulus .
Terharu tengok pakcik senyuuuum je hehe 
Berbaloi lah penat lelah pakcik ajar kami ni kan ?
Terima kasih pakcik :)
Eheh tetiba teringat masa mula-mula belajar dulu pakcik cakap Alyn ni 'mangkor' haha tau mangkor tu apa ?
Kalau orang Perak taktau mangkor tu apa , err err taktau nak cakap apa lah .
Boleh duduk dekat Indonesia la kot -.- Eh ? Kejam betul Alyn ni haha .
Okay tak apa , pergi tanya mak korang .
Lepas tu pakcik siap cakap lagi nak bagi air penawar dekat Alyn , haha bunyi macam teruk sangat je kan ?
Padahal pakcik tak bagi pun -.-
Then sekarang terfikir , masa mesej bagitau mok yang Alyn dah lulus tu mesti mok tersenyum kan mok ? Baik mengaku cepat , berani bet ni :p


So dah dapat test card balik , pakcik cakap Jumaat ni boleh ikut pakcik pergi JPJ buat lesen .
Alyn macam .. SERIOUSLY ??
Ingatkan lesen tu boleh dapat lepas seminggu macam tu .
Ahh bestnya , hehe alhamdulillah .
Tapi kena ready RM50 haha sebab nak combine sekali dengan lesen motor .
Tak apalah pakcik , deal je Jumaat okay ? :3

Alyn cakap terima kasih dekat pakcik sebelum terlupa :)
So balik tu Alyn kena tumpang Najwa , pakcik tak boleh hantar sebab kereta tengah pakai untuk test kan .
Masa nak tunggu mak Najwa ambil tu tetiba rasa sedih .
*Drama kejap
Hmm sedih lah sebab lepas ni tak datang LSA dah .
Banyak kenangan dekat sini , mula dengan lesen motor ambil dengan Farie .
Lesen kereta ni pun tak kurang kenangan juga .


  
Lepas ni tak lalu sini dah , hmm .
Alahai sedih benoo rupanya haha mestilah . 

*Dah lulus jangan lupa janji kita :)
P/s : Terima kasih kepada semua yang mendoakan Alyn dekat Twitter dan WhatsApp hehe serius terharu dan really really appreciate it :D Terima kasih sangat-sangat ! :) For mok , nanti pergi jalan-jalan tau dah pinky promise kan hehe kalau penat drive lepas ni ada second driver weee ^-^

KITA AKAN GAGAL DAHULU SEBELUM BERJAYA

So , that was my big day .
Sekian , assalamualaikum .