June 6, 2013

My Big Day

Assalamualaikum semua !
Weee rasa macam dah lama je tak update , cehh padahal baru berapa hari je haha .
Ala sorry lah , biasa lah tengah cuti semester kan .
Duduk rumah bukan buat apa pun , so nak update pasal apa je kan -.-
Tapii cuti ni Alyn ambil kesempatan untuk ambil lesen kereta .
Kereta je ? Lesen motor ada Alyn dah ambil lepas SPM hari tu hehe :D
So kali ni cuti lama jadi Alyn ambil lah lesen kereta plak .

Selama ni kalau Alyn ajak sesiapa pergi jalan-jalan , mesti diorang taknak bawa .
Jauh lah , nanti penat drive lah , hmm .
So biarlah Alyn ambil lesen ni , tak payah susahkan orang lain kan ?
Jauh , penat drive pun tak apa bukan orang lain yang rasa .
Alyn teringin nak pergi satu tempat ni , tempat tu common sangat .
Siapa yang tak pernah pergi tu memang loser sangat , macam Alyn haha .
Hey , at least kita ada geng tau !
Err mana ? Hehe i-City je pun :3
Alaa sorry la , Alyn tak pernah sampai ke sana .
Memang lah orang kata dekat sana tak ada apa pun , cuma ada pokok yang berlampu .
Tak kisah , pergi Kinta Riverfront pun dah excited hehe tapi tak best sebab ada macam bar dekat situ tak best banyak orang Cina minum arak .
Tapi .. eh , Alyn suka tempat macam tu .
Suka sangat-sangat , hee cantik whaaaat :)
Jealous tengok ramai yang dah pergi , Alyn pun nak pergi juga .
Kalau nak tunggu orang lain bawa , hmm sampai sudah tinggal harapan je --'
So baik pergi sendiri je weeeee ~

Tu antara sebab utama Alyn nak lesen kereta .
I-City ? Seriously ? Yes i am .
 Sebab lain ? Ahah umur dah meningkat , nanti malu nak ambil lambat .
Lagipun lepas ni taktau bila ada peluang (masa dan duit) lagi kan ?

Ahah jom mula story mory !
Alyn ambil lesen ni dengan pakcik Alyn , dia guru memandu di LSA .
LSA ? Litar Sistem Adilkap , dekat Tasek berhampiran Taman Anda .
Dulu ambil lesen motor pun dekat sini juga :)
Guru-guru dekat LSA ni semua bagus-bagus belaka .
*Ehehe bodek :D
Click SINI untuk ke website LSA .
Walaupun website tu macam dah lama tak update , tapi dekat situ ada contact number guru-guru memandu .
So siapa berminat boleh lah pilih mana-mana guru yang korang nak .
Nombor telefon pakcik pun ada dekat situ , hehe Alyn plak yang bangga .

Lepas seminggu cuti semester bermula , Alyn terus bagitau pakcik nak ambil lesen kereta .
Pakcik pun laju je buat kerja , berapa hari lepas tu je dah boleh dengar ceramah 3 jam terus .
Ceramah ? Yep ceramah terus , tak payah buat ujian komputer dah sebab L motor dulu dah ada .
Masa ceramah tu Alyn berkenalan dengan Anem , anak murid pakcik juga .
Anem ni budak UiTM SI juga , part 2 EM .
So masa ceramah tu duduk sebelah dia , haha kitorang merungut mengantuk -.-
Hee lepas ceramah 3 jam tu , belajar praktikal plak 3 jam juga .
Praktikal ni belajar serba-serbi pasal kereta lah .
Enjin , clutch , minyak , gear dan sebagainya .
Lepas dah belajar semua tu oh yeahh dah boleh drive !
Tapi tapi tapi , Alyn ni memang taktau drive langsung !
Haha kalau ikutkan pedal clutch , accelerator dengan brake pun taktau yang mana satu haha .
Memang zero zorro knowledge la pasal driving ni .
Dulu arwah abah ada cakap nak ajar Alyn driving tapi tak sempat , arwah dah pergi .
Lepas tu mok mok plak cakap nak ajar tapi tak ada masa , yela kena sewa kereta plak kan -.-
Hehe tapi lepas pakcik explain pasal kereta tu , Alyn ingat sikit-sikit la pasal semua tu .

FIRST TIME DRIVING
Weee excited nya itewww ! Haha :3
Mula-mula tu rasa macam cuak sikit lah, err tak . Cuak banyak .
Alyn ni jenis gelabah orangnya , tapi pelik masa final exam kemain lagi boleh enjoy .
Teghok benoo Alyn ni -.-
Ahah mula-mula drive tu , pakcik ajar bagi kereta bergerak je dulu .
Masuk gear 1 , lepas clutch tekan minyak .
Uuuuu ~ Kereta dah bergeraaaaaak ~
Nampak tak excited dia ? Haha .
Lepas tu belajar reverse plak , hehe .
Dah boleh gerakkan kereta ke depan , ke belakang tu baru pakcik suruh drive pusing-pusing dekat LSA tu .
Sampai habis 3 jam , yeayy settle dah Bahagian I untuk lesen kelas D !

Beberapa hari lepas tu , pakcik call belajar lagi .
Ahah kali ni pakcik memang otai lah dah boleh suruh Alyn drive dekat highway masa otw nak pergi LSA tu :3
Haha okay masa ni Alyn start belajar Bahagian II .
Bahagian II - Parking , 3 penjuru dan bukit .
Perhh masa mula-mula ni semua rasa susah je ~ Hmmpphhh !
Awal-awal belajar tu perrrhhhh taktau berapa kali mati enjin .
*Serius , i lost count -.-

Lepas tu pakcik bawa Alyn pusing-pusing dekat 3 jalan untuk test JPJ nanti .
Tapi test JPJ nanti pegawai JPJ tu akan tentukan kita akan ikut jalan mana .

Jalan E : Dari LSA lalu depan JPJ then masuk Kg Simee .
Jalan ni akan jumpa 3 traffic light , 1 roundabout tapi banyak berhenti .
Bagi Alyn jalan ni paling senang .

Jalan F : Dari LSA lalu depan JPJ dan akan jumpa stadium dan Jusco Ipoh .
Jalan ni akan jumpa 5 traffic light , 3 roundabout .
Bagi Alyn jalan ni susah sikit dan agak jauh . Susah bukan apa , sebab tu jalan utama so banyak kereta .

Jalan G : Dari LSA masuk kawasan Bercham .
Jalan ni akan jumpa 4 traffic light .
Bagi Alyn jalan ni senang tapi tak ingat sangat sebab tak pernah lalu situ .
Jalan E dengan F tau lah juga sebab dulu duduk dekat FRU Quarters dekat dengan stadium tu so ada lah lalu situ juga .
Dah cuba nak ingat jalan G ni tapi ada 1 simpang tu selalu confuse nak masuk kiri ke kanan , haish .

So kita skip cerita , dah lama-lama berlatih ni Alyn dah dikira pandai lah kot driving .
*Ada kot ye di situ haha 
Tak lama lepas tu Alyn terus buat ujian penilaian .
Haa lepas ceramah 3 jam hari tu Alyn tak jumpa Anem dah .
Tapi Alyn jumpa Najwa plak . Kenal tak ?
*Krik kriik kriiik 
Haha Najwa ni jiran lama Alyn masa duduk dekat FRU Quarters dulu .
Kitorang punya rumah tingkat atas sekali , pintu depan-depan .
Haa memang rapatlah kiranya dulu , Najwa dengan mak dia selalu lepak dekat rumah kitorang hee .
Najwa ni baru lepas SPM , so muda 2 tahun kot . Eh yeke ? Entah malas kira .
So so so , Alyn berlatih driving ni dengan Najwa lah kiranya .
Eh lupa cakap , Najwa pun dah tak duduk dekat FRU Quarters dah .
Diorang pindah dekat area Manjoi haa :3
So selalu kalau nak berlatih , pakcik akan ambil Alyn dulu then ambil Najwa .
Lepas tu hantar makcik pergi kerja then baru pergi LSA .
Okay back to ujian penilaian .
Ujian penilaian ni kira macam pra-test JPJ lah kot .
Tapi orang yang menilai ni bukan pegawai JPJ , tapi guru driving dekat situ juga .
Alahai kawan pakcik pun , India and dia sangat sporting hehe :)
Penat je Alyn dengan Najwa cuak lebih-lebih haha bukan teruk sangat pun test nya .

UJIAN PENILAIAN
Masa ujian penilaian ni kitorang tak drive kereta pakcik yang selalu berlatih tu .
Tapi drive kereta uncle tu la , agak lama lah kereta dia .
Walaupun lama tapi best sebab clutch tak tinggi sangat , handbrake tak ketat dan stereng kecil comel padan dengan kami ni . Lalala ~
Okay masa penilaian ni kami tak pergi jalan E , F atau G .
Semua kena ikut uncle tu kena pergi kiri ke kanan ke , semua lah .
Mula-mula nak bawa tu agak cuak sebab tak pernah drive dengan orang lain selain pakcik haha .
*Haha , sweet tak ?
Tapi apa boleh buat , tak ada pilihan kan ?
Alyn pun drive je la , alahai macam drive dengan pakcik juga je .
Uncle tu macam ajar juga je , masuk gear berapa semua tu .
Tak rasa macam ujian langsung , serius :)
Kitorang pusing-pusing dekat Tesco Extra then balik LSA balik .
Masa nak balik LSA tu , ... hmmm .
Ada kereta dekat depan , Alyn bawa memang slow gila sebab tak boleh rapat sangat dengan kereta depan kan ? -.-
Pendek kata Alyn tak tekan minyak pun sebab rapat sangat haha .
Then sampai satu tahap ni maybe dah slow sangat kot , brrr enjin mati !
Haha uncle tu tanya "Kenapa tak tekan clutch ?"
Ahah mana lah saya tau uncle , heee .
Apa yang mampu Alyn buat ? Sengih jelaaa ~
Tapi alhamdulillah , uncle tu baik bagi Alyn lulus .
Dapat 17/20 weeee ~

Tapi rasanya kalau gagal pun tak apa , boleh test JPJ juga . Kan pakcik ?

BAD DAY
Setelah berlatih driving agak lama , jeng jeng jeng tibalah masa yang mendebarkan .
Sehari sebelum test JPJ tu kitorang memang belajar lagi .
Tak ada masa aih nak tenangkan fikiran semua tu .
Bak kata pakcik laa "Kita pulun habis !"
Ahah sehari sebelum test tu iaitu kelmarin , taktaulah kenapa sway sangat Alyn ni .
Parking buat 4 round , 3 kali tak berjaya , tiang jatuh .
Eh come on lah , sebelum ni dah okay kot --'
Masa nak test JPJ ni lah kau buat hal kan Alyn ?
Bukit plak mati enjin sekali , haish memang .. err taktau nak kata apa dah .
Sedih kot , rasa macam test JPJ esoknya tak ada harapan untuk lulus .
Malam tu gayut kejap dengan mok sampai menangis sebab takut dan rasa down sangat tapi mok tu taktau kenapa Alyn menangis haha -.-
Siap bernazar lagi kalau lulus nak puasa 5 hari .
Cehh puasa ganti pun tak habis lagi -.-
*It's not funny .. at all .
Hmmm , that was my worst day ever ! Eveeeeeer !

TEST JPJ
Ahah pagi tu pukul 7am haa Alyn dah tunggu pakcik , kali ni sharp je tak lambat sebab takut .
Lagipun memang pakcik suruh keluar awal so boleh berlatih sebelum test JPJ , phew ~
So sampai je pakcik bagi Alyn try dulu , Najwa duduk sebelah .
First trial , tak jadi . Hmm ~
Nak masuk parking tu tengok macam dah rapat sangat dengan tiang .
So daripada memalukan diri sendiri nanti tiang tu jatuh terus tak jadi buat parking haha .
Then 3 penjuru , bukit semua dah okay .
Second trial , berjaya sebab Najwa tolong guide.
Tu pun sikiiiiit lagi nak kena tiang , heh -.-
Thank you Najwa huhu :3
Dah buat parking tu terus cari kotak parking lain yang kosong .
Ingatkan nak berlatih lagi tapi pakcik suruh tukar dengan Najwa plak .
Ahah sedihnya itewwwwww ~
Najwa memang hebatlah , weee ~
Lepas 1 round parking , 3 penjuru dan bukit tu dia suruh Alyn drive balik practice parking .
Huhu terharu tau , thanks again Najwa .
Third trial , berjaya juga alhamdulillah .
Eh ni bukan test JPJ , takut test nanti sangkut plak -.-

Lepas dah berlatih tu , pakcik ambil kereta balik .
Kereta tu nak pakai untuk ujian Bahagian II kejap lagi .
So kami berkumpul dalam dewan A , kami bertiga ni sesi 1 .Bertiga ? Ahah ada lagi sorang anak murid pakcik yang ambil test hari tu juga .
Anem ? Bukan , Anem last week dah test dah .
Pakcik cakap dia macam tak okay drive , tapi dia lulus .
Anak murid yang ni lelaki , Hafiz namanya .
Muka familiar , tapi abaikan nak test ni -.-
So yeah , kami bertiga sesi 1 .
Ada nombor giliran tau . Alyn no 47 , Najwa no 48 dan Hafiz no 49 .

47 out of 61

Masa test motor dulu pun Alyn sesi 1 juga tapi no 37 .

Ye , Alyn still simpan :3

Nak buat macam mana Alyn ni jenis yang sentimental macam Letty dalam Fast & Furious 6 tu .
Eh ? Lalala ~ 
Lepas semua sesi 1 daftar dekat dewan A tu kitorang diberi taklimat or penerangan sikit pasal test kejap lagi oleh pegawai JPJ .
Then terus bergerak ke ruang menunggu untuk test Bahagian II .

BAHAGIAN II
Bukit



Di sini lah tempat kami menunggu giliran .
Perhh cuak kot ! Awal-awal lagi ada yang failed .
Hmm Alyn doa je dapat kereta pakcik , taknak kereta lain .
10 jam kemudian ..
Tibalah giliran Alyn , hmm takut sungguh .
Ingatkan dah last last ni sikit orang , tetiba budak sesi 2 dah datang haish .
Alyn buat macam biasa je , masuk kereta pakai seat belt semua .
Tetiba nak jalan , ... masyaAllah ketat benooo handbrake dia !
Heh -.- masa mula-mula nak jalan tu siap mati enjin lagi haha .
Tapi alhamdulillah , sekali cuba je dah lulus .

Parking
Hmm cuaknya itewwww ~
Alyn tak suka kotak parking 2 dengan 3 sebab jalan situ tak rata .
Selalu nak buat parking bila nak ke depan dia ke belakang haish .
Alhamdulillah kotak 1 memang kosong , Alyn terus berhenti situ .
Masa mula-mula nak buat parking tu tak henti-henti mulut ni ucap bismillah .
Alhamdulillah berjaya parking , tapi Alyn tak boleh nak happy sangat .
"Eh dah berjaya parking karang tetiba sangkut dekat 3 penjuru plak"
Tu Alyn cakap dalam hati je , supaya tak takbur haha .

3 penjuru

    
Kalau ikutkan 3 penjuru ni lah yang paling senang .
Tapi tak bermakna boleh lulus kalau senang pun .
Masa ni lah wujud perkataan careless mistakes .
Ahah tapi alhamdulillah Alyn berjaya juga walaupun hampir terlupa nak tarik handbrake , nasib baik tak lepas clutch lagi -.-
Dah habis buat 3 penjuru ni , Alyn nak hantar kereta balik mulut tak berhenti ucap alhamdulillah !

Kira Alyn dah lulus lah ujian Bahagian II ni .
Pegawai JPJ tu bagi ni dan cakap "Pergi pejabat cari abang Joe"
Dah siapa plak abang Joe ni -.-

Alhamdulillah
      
So dah habis tu tengok dekat kantin Najwa tunggu Alyn .
Hee dia pun lulus juga , alhamdulillah .
Tetiba Hafiz datang tanya macam mana .
Alhamdulillah semua lulus :)
Lepas dah jumpa abang Joe tu .. -.- kami pergi dekat ruang menunggu test Bahagian III plak .

BAHAGIAN III
Lepas jumpa abang Joe tu , dia cop test card tu then bagi balik dekat kitorang .
Masa ni dia bagitau Alyn dengan Najwa kena lalu jalan G , and Hafiz lalu jalan E .
Untunglah Hafiz heh -.-
So Alyn dengan Najwa pun pergi lah ruang menunggu tu .
Alyn cuba ingat simpang yang taktau jalan tu nak lalu mana haish .
Tetiba Hafiz datang tanya kitorang lalu jalan mana .
Then dia bagi ni , taktau mana dia dapat .

       
Walaupun ada 'peta' ni Alyn still keliru , haha lain macam je .
Tapi macam boleh agak kot simpang yang Alyn taktau tu kena belok kiri .
Thank you Hafiz , entah mana lah kau rembat benda ni kan ? -.-
So tibalah giliran Alyn , hee .

Masuk je kereta Alyn bagi salam , err dengan semangat .
Tapi taktaulah pegawai JPJ tu jawab ke tak , tapi Alyn tak dengar .
Tetiba rasa takut sebab macam garang je -.-
Pegawai JPJ tu berpangkat pakcik kot , tapi hormat la Alyn panggil encik :)
So Alyn betulkan seat , semua .
Masa nak betulkan side mirror belah kiri tu Alyn cakap "Encik , tolong betulkan cermin tu"
Haha pakcik yang pesan macam tu . Bukan pakcik je , memang semua guru pesan macam tu and aku selamber je ikut haha .
Pegawai JPJ tu "Hah , betulkanlah"
Amboiii nak minta tolong pun tak boleh hehe .
So terpaksalah panjangkan tangan ni betulkan cermin tu -.-
Lepas tu Alyn pakai seat belt , check lampu signal semua .
Eh tak habis check semua lagi pegawai JPJ tu "Hah boleh jalan dah"
Eh macam tu plak , taktau lah betul dah boleh jalan atau trick je tu -.-
So Alyn buat taktau je , play safe haha .
Alyn check emergency light dengan hon , okay dah baru boleh jalan .
Bismillah ..
Sampai dekat simpang tu , err confuse balik nak belok kiri or kanan .
Rasa macam kiri tapi kereta dekat depan semua belok kanan kenapa ?
Kenapaaaaaaaaaa ? Haish .
Tapi Alyn ikut naluri hati ni belok kiri , then tertunggu-tunggu je kot kot pegawai JPJ tu nak tegur salah jalan ke apa .
Dah belok tu , baru tau jalan ni betul alhamdulillah !
Hehe seronok rasa tapi tak boleh happy lagi , errr -.-
Tetiba ada satu simpang ni , Alyn berhenti .
Masa nak jalan tu kereta tak bergerak tapi Alyn tau sebab gear tak masuk so Alyn main tolak jela gear tu , dan .. bunyilah .. erm taktau nak describe macam mana .
Pretty sure korang tau bunyi gear tak masuk macam mana kan ? -.-
Pegawai JPJ tu macam "Hmmm"
Alamak Alyn gagal ke ni , hmmm .

Dah masuk LSA balik tu Alyn cakap terima kasih then keluar lah dari kereta tu .
Tengok result , yeayyy alhamdulillah lulus !
Dapat 17/20 juga sama macam ujian penilaian hehe .

Alhamdulillah

3 kesalahan : Penggunaan brek kaki / tangan , signal dan gear .
Ah tak kisah lah semua tu asalkan LULUS !
Alhamdulillah , baru boleh bangga dan senyum weeeeeee ~                   
  
Habis je terus mesej pakcik , eheh pakcik pun terus datang dengan senyuman .
Ahah macam yakin je kami ni lulus .
Eh lupa bagitau , kami semua lulus .
Najwa pun walaupun lupa pakai seatbelt haha -.-
Haha maybe dia okay dekat jalan raya :)
Alhamdulillah kami semua anak murid pakcik lulus .
Terharu tengok pakcik senyuuuum je hehe 
Berbaloi lah penat lelah pakcik ajar kami ni kan ?
Terima kasih pakcik :)
Eheh tetiba teringat masa mula-mula belajar dulu pakcik cakap Alyn ni 'mangkor' haha tau mangkor tu apa ?
Kalau orang Perak taktau mangkor tu apa , err err taktau nak cakap apa lah .
Boleh duduk dekat Indonesia la kot -.- Eh ? Kejam betul Alyn ni haha .
Okay tak apa , pergi tanya mak korang .
Lepas tu pakcik siap cakap lagi nak bagi air penawar dekat Alyn , haha bunyi macam teruk sangat je kan ?
Padahal pakcik tak bagi pun -.-
Then sekarang terfikir , masa mesej bagitau mok yang Alyn dah lulus tu mesti mok tersenyum kan mok ? Baik mengaku cepat , berani bet ni :p


So dah dapat test card balik , pakcik cakap Jumaat ni boleh ikut pakcik pergi JPJ buat lesen .
Alyn macam .. SERIOUSLY ??
Ingatkan lesen tu boleh dapat lepas seminggu macam tu .
Ahh bestnya , hehe alhamdulillah .
Tapi kena ready RM50 haha sebab nak combine sekali dengan lesen motor .
Tak apalah pakcik , deal je Jumaat okay ? :3

Alyn cakap terima kasih dekat pakcik sebelum terlupa :)
So balik tu Alyn kena tumpang Najwa , pakcik tak boleh hantar sebab kereta tengah pakai untuk test kan .
Masa nak tunggu mak Najwa ambil tu tetiba rasa sedih .
*Drama kejap
Hmm sedih lah sebab lepas ni tak datang LSA dah .
Banyak kenangan dekat sini , mula dengan lesen motor ambil dengan Farie .
Lesen kereta ni pun tak kurang kenangan juga .


  
Lepas ni tak lalu sini dah , hmm .
Alahai sedih benoo rupanya haha mestilah . 

*Dah lulus jangan lupa janji kita :)
P/s : Terima kasih kepada semua yang mendoakan Alyn dekat Twitter dan WhatsApp hehe serius terharu dan really really appreciate it :D Terima kasih sangat-sangat ! :) For mok , nanti pergi jalan-jalan tau dah pinky promise kan hehe kalau penat drive lepas ni ada second driver weee ^-^

KITA AKAN GAGAL DAHULU SEBELUM BERJAYA

So , that was my big day .
Sekian , assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum !
Nak comment boleh tapi jangan mencarut ye ?
Terima kasih daun keladi :3