August 28, 2013

Senyumanku Di Putrajaya

Assalamualaikum .
Post kali ni untuk awak , Ikhmal Hariz .

Remember when we first met ?
Saya taknak cakap banyak , just nak awak ingat balik gambar-gambar ni .
Awak tengoklah satu-satu gambar bawah ni .
Sorry tak tersusun , saya tak larat and malas hehe .



Gambar atas ni , ingat tak awak jadi PM ?
Suka sangat awak pakai jubah tu , tapi tak sempat nak tangkap gambar awak dah tanggal jubah tu .
Bertuah betul --'






















Semua gambar atas ni awak ingat ?
Hehe satu sem , berapa kali kita pergi Cameron Highlands kan ?
Tapi sekali je pergi pasar malam tu kan ?
Ingat tak awak ada bagi bunga warna oren tu ?
Ingat tak kalau setiap kali nak turun balik Ipoh saya akan loya ?
Ingat tak awak ajar saya makan madu dalam tube tu ?





Masa ni ingat tak kita excited nak tengok Breaking Dawn Part II ?
Tapi awak dah tengok dulu , awak download --'






Ingat tak mula-mula awak bukan rapat dengan saya dulu tapi dengan Alya and Bella ?
Mula-mula saya nampak awak dekat bilik MPP tu , hati rasa berdebar-debar .
Tambah-tambah kalau setiap kali saya pandang awak , awak pandang saya balik ..
Mula-mula kita sembang , saya suka tengok awak senyum .
Lepas tu awak ketawa , suka dengar awak ketawa plak :)



Masa ni saya tak sure awak ingat ke tak , masa ni bulan 8 2012 .
Rasanya awak ingatlah , time ni kita gaduh sebab apa .
Tapi saya still fikirkan awak , konon nak nyanyikan lagu untuk awak .
Masa tu saya terlupa kita tengah tak okay .
Hampir seminggu kita tak bercakap kan ?



Ingat tak saya paksa awak belikan hadiah untuk Awi ?
Hehe Awi happy kan ? :)



Ingat tak kita selalu lepak berempat ?
Tambah-tambah kalau overnight , naik Cameron Highlands ..






Ingat tak masa kita pergi Ulu Kenas tu ?
Awak membebel saya tak tahan sejuk mandi sungai --'
Malam tu awak lepak dengan saya dekat dewan tu sampai semua orang balik bilik masing-masing .



Gambar ni awak ingat tak ?
Ni gambar pertama kita berdua , and first date walaupun ada Bella and Aimi .
Saya ingat saya rasa berdebar-debar bila jalan dengan awak .



Haaa yang ni ingat tak kita celebrate birthday Apiz dekat Foodies Fare ?
Tapi meja kita diasingkan , kejam betul haha .



Ingat tak gambar dekat Cameron Highlands yang saya tangkap tu ?
Awak marah saya cakap awak 'lembaga hitam' hehe .
Tapi saya suka gambar tu , saya buat wallpaper dekat phone lama lah juga . Ingat tak ?



Haaa yang ni best !
Ada satu hari tu saya cakap teringin nak makan dekat Secret Recipe .
Tetiba je awak ajak saya pergi , hehe ingat tak ?
Terima kasih awak , masa ni awak belanja saya ^-^



Gambar kiri tu kita pergi UTP ramai-ramai , ingat tak awak kayak dengan Abg Nazri ? :)
Yang kanan tu pula dekat McD SI , kita jalan kaki dari kampus pergi McD tu .
Malam tu kita masing-masing ada dinner tapi tak pergi , hehe :D



Yang ni terbaru , takkan awak lupa ?
Sebelum awak balik Putrajaya , saya tanya awak pernah tak pergi Taman Paya Bakau tu ?
Awak cakap tak pernah , so saya bawa awak pergi sana :)
Ingat tak kita tengok monyet , ketam yang kecil-kecil tu , dengan ikan belacak ?



Yang ni ingat ? Kenduri kakyang last year ?
Awak naik bas dari Kajang , turun dekat SI stay rumah abg Nazri just untuk datang rumah saya .
Awak cakap tak ada baju turqoise , so saya suruh awak pakai baju biru laut .
Then awak cakap baju awak sama warna dengan lapik meja --'
Ingat tak kita sama-sama pegang bunga manggar ? Yang tu kelakar and malu lah juga .
Tapi tak ada dalam gambar sebab kita jalan laju sangat kot -.-
Petang tu awak balik dengan abg Adam .
Malam tu awak cakap "Kalau awak tak percaya saya sayang awak , saya setia dengan awak , taktaulah nak cakap apa . Saya sanggup datang dari Kajang semata-mata nak pergi kenduri tu tau"
Tersenyum saya baca mesej awak tu :)



Hehe yang ni saya taktau apa-apa sebab saya tak ada dekat situ .
Tapi saya happy sangat sangat sangat sebab awak pakai baju tu .
Mula-mula on facebook , senyum tengok gambar awak tu dekat news feed .
Dengan kereta warna OREN ! Hehe :)



Ni first time saya ambil gambar awak sorang , dekat DM IM .
Masa ni saya nak pinjam external awak , nak ambil movie .
Tapi ... bukan ambil movie je , selongkar habis --'
Masa tu la saya kenal kakak angkat awak , adik angkat awak .
Lepas tu saya curi satu gambar awak masa sekolah , hehe sebab saya suka gambar tu .
Masa saya tangkap gambar awak tu kan , err sebenarnya sumpah malu gila .
Nasib baik awak tak tolak , hehe sebenarnya nak simpan gambar awak dalam phone ^-^



Ni gambar ke-2 kita dua , event Singgah Sahur .
Mula-mula tu awak taknak pergi , saya merajuk baru awak datang .
Last minute kan ? Semua dah nak naik bas baru awak sampai .
Happy sangat sangat ! ^-^



Hehe gambar kiri atas tu ingat ?
Masa tu kita gaduh , lupa sebab apa .
Awak pujuk tapi macam marah , mana tak menangisnya --'
Gambar ni Bella tangkap senyap-senyap kan ? -.-
Tapi kita gaduh kejap je , masuk bilik MPP dah terus okay .
Tu gambar kanan tu , hehe nasib mata tak bengkak :p



Ahaha ni Jamuan Raya MG , ingat tak kita beria nak pakai baju sama warna tapi tak ada ?
Last last pakai jela baju apa yang ada --'
Nasib baik tak lari sangat hehe .
Honestly , saya suka tengok awak senyum tak ikhlas macam atas tu hehe .
Bukan tak ikhlas , macam malu haha comel :p



Yang ni plak malam tu ada KESUMA ke apa entah dekat padang tu .
Eh , ni tempat biasa kita kan ?
Dinner je pergi Amanjaya , hehe hari-hari makan dekat sana pun tak jemu .
Sampai pakcik tu pun kenal kita kan ? Hehehe :p








Dalam diam-diam 25 Jun 2013 , dah setahun dah kita sama-sama kan ?
Tak terkira berapa kali gaduh , ketawa , hmm :)



Awww Choki & Chicky saya !
Hadiah yang saya paaaaaaaaaaaaling sayang !!
Hehe ingat tak awak bagi hadiah tu masa saya menyibuk awak jadi OC .
Awak bagi depan Bella dengan Jimie , hehe blushing habis awak :p
Setiap malam saya peluk Choki tau , bayangkan saya peluk awak . Eh ?
Setiap malam masa nak tidur mesti awak tanya "Choki mana ?" , "Peluk Choki tak ?"
Sampaaaaai sekarang kan ? ^-^
Even kalau gaduh pun , awak tanya tapi saya jawab "Tak , tak peluk Choki"
Tapi saya nak awak tau , padahal masa tu elok je saya peluk dia and rasa nak menangis sebab cakap macam tu . Sorry awak :(





Yang dekat atas tu semua awak ingat tak ?
Baju anniversary dengan baju birthday awak .
Saya taktau la , saya suka bagi awak baju hehe :)
Minion tu pun awak belikan dekat Ipoh Parade sebab saya buat muka kesian kan ?
Hehe thank you awak :')



Hehe masa saya cari kotak untuk letak hadiah awak tu , saya terjumpa keychain tu .
Teruih beli ! Hehe excited sangat kalau nampak Choki ni :D



Ingat tak awak yang atas tu ?
Kita celebrate New Year sama-sama dekat Penang dengan Apiz & Bella ?
Nak makan pizza , keluar balik sebab service lambat .
Last-last makan dekat restoran mamak je kan ? Hehe .
Ingat tak tepat pukul 12am tu aad bunga api , kita tengok sama-sama ?
Ingat tak saya bisik "Happy New Year" dekat telinga awak ?



Yang ni .. err taktaulah mok mana yang 'bio-jack' Twitter saya --'
Lambat sikit nak perasan -.-



Ahah , ni ingat tak gambar untuk apa ?
Untuk calon MPP , ingat tak ?
Awak 'lamar' saya "Will you be my representative ?"
Baru nak menangis terharu , rupa-rupanya kena jadi wakil calon je --'
But i'm still happy sebab awak minta tolong dekat saya :)



Ni gambar terbaru awak bagi saya .
Pagi-pagi lagi awak WhatsApp gambar ni , hehe terharu saya .
Awak nampak smart pakai jaket tu , tu sebab saya tanya tu jaket apa :)



Yang ni ingat tak masa Konvo UiTM ?
Kita kongsi duit beli teddy bear bagi abg Shah ?

Tapi saya taknak tanya yang tu .
Awak ingat tak awak belikan 2 kuntum bunga ros untuk saya ? :)



Awak ingat tak masa tangkap gambar ni ?
Awak senyum awkward sangat , then saya kacau baru awak senyum macam dalam gambar tu ?
Hehe kan saya je boleh buat awak senyum macam tu ? :p





Gambar atas ni ingat tak dekat mana ?
Dekat First Avenue Hotel , Kedah kan ?
Ingat tak kita main bowling ramai-ramai , ada satu game tu kita seri 90 markah ?



Ingat tak masa ni saya jadi usher event Pengambilan Ahli Baru KOSISWA ?
Masa ni serius saya jealous sebab awak pakai baju sama warna dengan ...
Siap ada gambar sama-sama lagi , sebab awak jaga kaunter dengan dia .
Tu sebab saya beria-ria ajak awak tangkap gambar juga .
Mula-mula tu awak taknak , sedih tau dengan dia boleh je tangkap gambar .
Bila saya dah nak merajuk baru awak nak --'



Ingat tak masa ni kita berkelah ramai-ramai dekat Ulu Kenas dengan geng KOSISWA ?
Masa ni yang paling saya suka , masa nak balik tu awak bagi saya pakai perfume awak .
Oh ye , cakap pasal perfume kan , baru-baru ni saya terbau someone pakai perfume awak .
Masa tu open house dekat Pengkalan rumah cousin Wawa tu .
Mula-mula terbau Guess Seductive tu , saya berdebar-debar sebab teringat awak .
Tapi orang lain --'



Ni saya jalan-jalan dengan awak malam New Year tu ingat ?
Lupa lah apa nama mall ni , dekat Penang .
Punyalah kita round sebab nak cari kasut saya tapi yang cantik semua mahal kan ?
Last-last tak beli apa pun -.-





Esoknya tu , kita pergi Batu Ferringhi ingat tak ?
Saya suka gambar awak yang atas ni , taktau kenapa :)
Masa dekat pantai tu ingat tak kita beria-ria tangkap banyak ikan , udang ?



Atas ni plak masa mula-mula masuk sem 4 , saya datang awal seminggu tu hehe .
Gambar kiri tu masa mula-mula dapat Choki :*
Nampak kot muka excited tu haha :p
Kiri tu plak masa kita overnight ramai-ramai pergi Penang , ingat tak ?
Gambar ni lupa lah sebelum or selepas breakfast dekat Al-Bayan sebelum pergi Penang .
Masa ni pun mula-mula awak taknak tangkap gambar , tapi saya nak merajuk baru awak nak .



Masa ni plak dekat ANGKASA , ingat tak ?
Yang ni kita tangkap gambar pakai phone baru Biha , hehe .
Ingat tak kita tangkap gambar banyak-banyak lepas tu tukar muka jad tua lah , botak lah hehe .

P/s : Awak , kalau ikutkan banyak sangat gambar saya nak share nak ingatkan awak semua kenangan kita . Tapi awak sendiri tau kan kita tak boleh nak rakam semua yang jadi . Gambar atas ni pun belum tentu cukup untuk buat awak ingat semua kenangan kita . Sebab saya taktau sejauh mana awak dah tawar hati dengan saya . Saya taktau dah banyak mana sayang awak untuk saya yang awak terbuang tu , tapi awak tau saya cuba dapatkan sayang tu balik kan ? Awak tau saya cuba dapatkan awak balik kan ? Awak , saya rasa hari ni awak dah boleh mula fikir keputusan awak sebab bagi saya masa makin suntuk . Awak ingatlah balik semua yang kita pernah lalui sama-sama , awak feel la sikit . Awak sanggup ke lupakan semua dan biar jadi kenangan je ? Awak , bacalah balik wishlist saya dekat sebelah tu . Saya betul-betul ikhlas . Tapi awak , saya tak ada hak nak halang or bantah kalau keputusan awak tu tak macam saya nak . Apa-apa pun awak jangan lupa saya pernah sayangkan awak :')

P/ss : Kalau tak suka lagu tu , tekan next :)