November 23, 2013

Pos Malaysia

Assalamualaikum semua .
Huwaaaaa lamanya tak update blog ni ! :(
Kesian dah berhabuk dan berdebu dah , haha .

Okay seperti yang dijanjikan dalam previous post , come come Alyn nak cerita pasal pengalaman kerja ni .
Alhamdulillah kerja semua okay je , yela duduk office je kan ?
Memang kerja sebegitu yang Alyn cari , kerja office senanglah hihi :D
Tapi , walaupun duduk office relax je perhhh penat dia kemain .
Dah macam kerja KFC dulu je haha .
Kalau balik kerja tu , mandi makan terus tidur .
Tidur paling lewat pun pukul 10.45pm haha .
Pukul 11pm tu kira lambat dah tu .
Emm , macam orang tua kan --'

Kira dah 2 minggu lebih la Alyn kerja dekat sana ,  sikit lagi nak cukup sebulan hihi .
Lepas seminggu kerja tu , ada satu hari Jumaat ni semua staff diminta berkumpul dekat satu tempat tu .
Dekat situ , semua wakil dari department diminta bagi info la pasal department masing-masing .
So , masa wakil dari Bahagian Sumber Manusia bagi info , Alyn diminta perkenalkan diri .
Emm , cuak lah juga . Gulp !
Terdetik dalam hati 'Apa aku nak cakap ni' dah gelabah dah masa tu haha .

"Assalamualaikum semua . Nama saya Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff , baru habis belajar di UiTM Seri Iskandar jurusan Diploma Sains Komputer . Kerja sini kejap je , 3 bulan sampai bulan 2 nanti . Emm tu jelah , terima kasih"

Dah habis cakap tu , Alyn sumpah-seranah diri sendiri hahaha .
Mulalah terfikir , kenapa tak cakap macam ni ..
"Minta semua beri tunjuk ajarlah dekat saya .." ke apa ke , adoiiiii -_-
Tak apalah benda dah lepas , dah malu dah pun haha .

Seminggu lepas tu , Jumaat datang lagi .
Macam biasa , semua staff diminta berkumpul di tempat biasa .
Kali ni semua staff diminta cakap je apa-apa , info ke apa .
Sudah , mampus aku nak cakap apa plak ni .

Sampai dekat Alyn , Alyn cakaplah memang taktau nak cakap apa .
Then diorang suruh bagitau macam mana kerja sini .
"Emm kerja sini okaylah , tapi walaupun kerja office , rasa penatlah"

Tu je aku cakap , emm rasa nak tampar diri sendiri haha.
Lepas tu baru terfikir nak cakap macam ni ..
"Sebenarnya semalam birthday saya dengan makcik saya , Pn Saodah . Ingatkan nak sambut sama-sama tapi macam yang semua orang tau , dia tak sihat ambil MC 2 hari kan so cancel la . Hihi"

Okay benda dah lepas jangan dikenang .
Haha kerja Alyn biasa-biasa je , kena key in info dalam sistem tu je .
Tapi serius la , penat kemain .
Sejuk pun bukan kepalang haha .
Okay tu jelah nak cerita pasal kerja , tak ada apa sangat pun hee :D

 First day kerja , hehe :)

 Hihi ni meja and PC Alyn :D

 Second day , hoho .

 Okay Alyn masuk office memang bukit ni dah ada , semua ni Alyn kena key in -.-

 Third day , emm dah tembam :3

Menu lunch setiap hari , nasi lemak daun pisang haha .
Setakat ni tak jemu lagi la .
 Tau tak game , gambar kanan tu ?
Tu Alyn main bila nak rest mata , haha .

Emm ni yang akan terjadi bila intranet office tak ada line haha .
Mula lah rasa nak meluahkan bakat terendam -.-

Okay tu jelah nak kongsi pasal kerja , yeah i know 'BORINGGG'
Haha tapi baca juga :p
Haha thank you sudi baca .
Assalamualaikum .

November 4, 2013

I Love My November

Assalamualaikum semua .
Hey guys , sihat tak cuolls semua ni ?
Hihi again , macam happy je kan ?
Hikhikhik , oyeh Alyn memang happy pun .

Alhamdulillah November kali ni bermula dengan senyuman yang lebar .
Bermula dengan result final sem yang sangat memuaskan , hehe .
Baca tak previous post Alyn ada cakap Alyn pergi interview tu kan ?
Well , Alyn dah dapat kerja sambilan tu ! Tadaaaaaa ~
 Alhamdulillah , rasa seronok sangat-sangat macam tak putus-putus rezeki yang Allah swt bagi dekat Alyn .
Abaikan 'PUAN' tu okay , mungkin mereka tahu hati ini sudah dimiliki .
Err , krik kriik haha .
Jadi , Alyn akan mula bekerja pada hari Rabu ini selama 3 bulan sehingga Februari .

Okay ni nak cerita pasal kelmarin , November 2nd 2013 .
Semalam Alyn dan kawan-kawan Psycho keluar jalan-jalan hihihihihi .
Tak pergi mana pun , tempat biasa je Jusco AEON Kinta City .
Masa tu , serius ramai gila budak sekolah dan Alyn terasa diri ni kerdil sebab bebudak sekolah ni ada yang berbadan lebih besar daripada Alyn hm .
Okay sampai je terus beli tiket wayang , cuba teka cerita apa ?
 Oyehh Highland Tower !
Okay lepas beli tiket kami cari makan memandangkan perut kami sudah kebuluran .

Asalnya diorang nak makan dekat Seoul Garden tapi poket tak mengizinkan jadi kami ke Johny's Restaurant je hehe .
Sorry guys , nanti poket aku tebal kita makan dekat Seoul Garden okay ?
 Hihi omeynyew ! ^-^
 Suka gambar ni sebab macam dramatic sikit haha :p
 Sekerat pun boleh ~
 Mana mata Mieraaaaa ? Oh my ~
 Suci betul muka diorang ni , hikhik .
 Hee sama tapi tak serupa ~
 Omey ! Omey ! Itew shukew !
Haha masa nak makan tu boleh tahan kelakar juga lah , ada je benda yang nak buat Alyn ketawa hihi .
Mungkin Alyn terlalu seronok keluar dengan diorang ni , omg Alyn saaaaayang sangat dengan diorang ni !

 Dah habis makan tu kitorang karaoke plak sebab wayang lambat lagi .
 Cuba cari mana Farie ? Haha :D
 Alololo omeynyew :3
Lepas puas menyumbangkan suara , kitorang terus menuju ke TGV beli popcorn .
Beli Royale Popcorn Combo satu set , kongsi 4 orang hehe . 

HIGHLAND TOWER - Okay nak buat review sikit pasal filem ni . Disebabkan semua rakaman video dalam filem ni adalah video yang asli tanpa diedit , maka filem ni memang awesome weh ! AWESOME ! Tak macam cerita mencari hantu yang lain seperti Seekers , Penunggu Istana mahupun filem dari luar negara seperti Paranormal Activity , Grave Encounter dan sebagainya . Dalam filem ni , kita tak payah tunggu hantu keluar sebab memang hantu tu akan keluar . Ada lah beberapa scene yang nampak lembaga , memang nampak 'benda' tu weh . Adegan 2 orang perempuan yang kena rasuk tu pun memang real , so memang seram lah siap tersalah bawa balik 'orang' . So , Alyn recommend sangat bagi sesiapa yang minat tengok filem bergenre seram bolehlah tengok filem ni . Alyn yang tak suka tengok wayang filem Melayu (ops) pun , berminat tengok filem ni sebab tengok 'Behind The Scene' so tau semua rakaman tu benar . Tu saja review daripada saya , selebihnya boleh lah tonton sendiri filem tersebut hihi .

Masa dalam wayang tu kitorang duduk tengah-tengah tapi Alyn tepi sekali .
Kiri Alyn tak kenal siapa , kanan Alyn ialah Miera .
Kalau ada scene scary Alyn dah ready peluk Miera haha .
Memang dari awal sampai habis cerita tu Alyn duduk dekat dengan Miera , kalau boleh nak satu seat dengan dia haha .
Ada 1 part ni macam seram so Alyn tutup mata sebelah , tetiba semua orang dalam wayang tu macam terkejut .
Alyn tanya Miera , "Weh , kenapa weh ?"
Miera "Mana aku tau , aku tak tengok !"
Hahahaha terus Alyn tergelak .

Popcorn yang kongsi 4 orang tu pun tak luak langsung sebab semua khusyuk tengok cerita tu .
Bagi Alyn memang berbaloi la cerita tu .
So tahniah lah semua krew produksi filem tu , wa tabik sama cu olls !
Dah habis cerita tu , banyak benda kitorang tertanya-tanya .
Macam mana boleh jadi macam tu , mana mana boleh jadi macam ni ..
Sebab ada part yang kamera rosak lah , bateri habis lah .
Bak kata Miera , kuasa Allah swt taknak tunjuk macam mana benda tu terjadi .
Wallahualam ~

So lepas wayang kitorang terus cari tempat untuk sesi yang wajib kitorang buat bila keluar sama-sama iaitu photoshoot ! Haha :p
Selalu tangkap gambar dekat rooftop je , bosan plak .
So kami ke Gunung Lang , haha macam tak pernah plak tangkap gambar dekat sini .
 
Haha masa ni kelakar sebab Alyn tengah cari position -.-



So guys , meet Farie ! :)
 

Ni plak Mayra ! :)

Ni plak Miera ! :)

Hehe omey je diorang .
Alyn ? Eh tak lupa punya , haha .
Okay ni Alyn yang over :p
Tepi tepi budak bajet hot nak lalu :D
 Penat eh tengok ? Okay rehat kejap .



Okay dah sambung balik , budak bajet hot datang balik .


Okay dah habis dah .
Ni gambar-gambar penutup bagi post ni , hehe .













Okay ni saja untuk post kali ni , hehe .
Rabu ni Alyn start kerja , so tunggu nanti Alyn cerita pengalaman Alyn kerja di Pejabat Pos Malaysia .
Excited ? Gila tak excited ? First time kot kerja macam formal , yela dekat office kan ?
Hehe okaylah guys , thank you sudi tengok gambar kami yang comel ni hahaha .
Assalamualaikum .