March 23, 2014

Melaka

Assalamualaikum semua !
Wahh lama gila tak update haha .
Dekat sebulan duduk sini baru nak update haihh .
Sini ? Sini tu mana ? Muahahaha okay .
So ceritanya bermula begini ..

Masa result penerapan nak keluar tu , perghh berdebar je rasa .
Diorang cakap result keluar pukul 5.30pm , tak ingat berapa hari bulan .
Tapi dari pukul 12am Alyn dah gatal tangan cek email , haha .
Lepas tu baru Alyn tau yang result ni UiTM tak email , cek online je .
So , kerap juga lah Alyn buka website UiTM ni semangat nak cek haha .
 Last-last lebih pukul 5.30pm baru keputusan keluar bhahahaha .
So , alhamdulillah berbaloi juga penantian .
Dapat pilihan pertama plak tu heee .
Tapi ... Jasin ? Errrrrr -,-
*Ouh ingatkan penerapan masuk sem 3 hee
Mula-mula tu siap Google Maps lagi kedudukan sebenar kampus ni .
Tapi , kampus ni tak ada dalam map lagi hahahaha .
Survey punya survey , baru tau sebenarnya ni kampus baru .
So kitorang ni first batch la dekat kampus ni , happy lah juga tapi fikir-fikir balik mesti tak ada kemudahan sangat .
Kitorang juga dapat tau yang kitorang tak boleh duduk kolej .
Ergh ! Bukan selalunya degree part 1 dapat duduk kolej ke 1 sem ?
Rupanya kolej disediakan untuk student diploma je , haihhh .

So Alyn pun alang-alang dah ada dekat Nilai , ajak kakngah pergi Jasin cari rumah sewa haha .
Cari punya cari jumpalah 1 rumah ni , rumah teres 2 tingkat .
Cantik sangat , sewa pun berbaloi gila .
So dah tengok rumah tu , terus confirm haha .
Kelam kabut bayar deposit sebab taknak orang lain book dulu .

Okay kita lajukan cerita ye .
So , 28 Februari yang lepas Alyn dihantar ke rumah sewa .
Oh ye , rumah sewa ni dekat Taman Batu Gajah Bakti , Jalan Batu Gajah .
Kami pergi 2 kereta , kancil yang akan Alyn bawa pergi kelas nanti dan kereta kakngah .
Family kakngah and mak je yang hantar , yang lain busy .
So sampai je rumah , abg Krol terus pasang rak baju untuk Alyn .
Kakngah pula tolong pasang tempat gantung sejadah dan tuala tu .
Alyn sibuk kemas barang , susun semanya lah .
Bebudak tu ? Hmm diorang kacau daddy diorang pasang rak tu .
No comment .

Esoknya , 1 Mac kitorang kena pergi kampus sebab ada Minggu Pemantapan Siswa (MPS) .
Program ni lebih kurang Minggu Destini Siswa je , cuma yang ni lebih ringkas dan padat .
Program ni akan dijalankan selama 4 hari , sehingga 4 Mac jadi kitorang kena stay dekat kolej 4 hari .
Nak tau kolej dia macam mana ? Pergh ! Awesome !
Kolej dibina ala-ala style apartment .
Dalam 1 apartment ada 3 bilik dan dalam 1 bilik ada 2 katil single .
Locker diorang memang besar wehh !
Dalam setiap apartment ada toilet , tak payah lah nak berkemban pepagi buta berjalan pergi berebut bilik air dah .
Memang serius selesa la Alyn cakap .
Untung budak-budak diploma ni , tapi kami pun untung dapat merasmikan dan merasa duduk apartment tu .



So inilah kami masa MPS tu .
Haa mesti semua orang tau kan , tu tudung UiTM ?
Masa diploma hari tu ada dapat tapi tak pernah pakai sampailah sekarang .
Hee masa tu ada perasmian ke apa benda entah .

Lepas MPS habis , kitorang mula settle pasal kelas , NR semua tu lah .
Masa ni dekat depan Pejabat HEP , bangunan pentadbiran .
Thank you to phtographer walaupun macam terpaksa je hahaha .

Jangan risau , budak gila ni ada dekat Jasin je .


Masa ni keluar dengan Bella pergi Pekan Merlimau cari glossy paper sebab Alyn tak cukup gambar passport heeeeee :D

Masa ni dekat depan bilik koordinator kami , Pn Hasimah .
Nak settle pasal pengecualian kredit . Tu pun kena ambil nombor hahaha .
Ouh ye , lepas buat pengecualian kredit ni baru kami naik pangkat ke sem 3 hehe .

Masa ni plak dekat Pusat Persatuan Pelajar , nak buat pengecualian kredit untuk kokurikulum .
So kami tak akan ada koko dah , weeeeee ~
Selekehnya kau Alyn -,-

 
Ni la kitorang bila ada peluang je , on camera .
Ni plak budak bajet , haha kbye .
Ouh lupa cakap , masa ni dekat Auditorium , Blok Kuliah .
Masa ni daddy Sahol kami datang sebab ramai orang complain dekat fb daddy pasal kampus Jasin ni .
Mak aihh , daddy ni memang sporting gila baq hang .
Cakap je nak apa , daddy boleh bagi macam ayah sendiri .
Pembakar semangat betul , heeee .
Thank you daddy sudi melawat kami , teruja sebab dari diploma hari tu teringin nak jumpa hehe .
Walaupun Alyn tersepit dekat belakang tu but still i'm the happiest girl on earth !
Thank you lagi sekali Ayahanda Sahol , ada masa jumpa lagi :)

Okay gambar lepas ni random je , malas nak caption haha .
 
 
Makmal komputer yang kosong ~ Kosong ~ Oooo ~
On je camera , mesti ada datang belakang nak join haha :D
Hehe masa ni dekat bilik PA kelas kami , Pn Isma .
Kami selamber je panggil ibu hehe , memang sporting dan supportive .
Ibu selalu pesan dekat kitorang macam-macam , betul macam seorang ibu pesan dekat anak-anaknya .
Ibu siap join group WhatsApp kelas kami lagi tau , dah la kitorang banyak merepek dalam group tu haha yang best nya kadang-kadang tu ibu melayan je .

Hihi masa ni dekat AEON Bandaraya Melaka .
Nak ambil motor Syiro yang di pos dari utara tapi masa tu Pejabat Pos tutup so kami pergi makan dulu heee .

 
 
Ecececececeeeeeee ~ Kbye .
Sweet tak Syiro dengan bro Pos ?
Hikhik jodoh tu Syiro :p

Rasmi baju lama yang baru pakai ~
Builders ? Emm no comment , hehe .
Masa ni plak nak pergi pasar malam dekat Kawasan Perindustrian Merlimau .

Okay gambar dah habis .
Yeke ? Eh belum laaaa ~
 Okay taknak comment apa-apa pasal gambar ni .
Hanya orang tertentu je yang tau pasal ni , hahahaha .
 Ratu selfie -,-
 
 Masa ni kitorang datang kelas awal setengah jam sebab tersalah faham dengan jadual baru .
Koordinator suruh cek iCress , katanya ada perubahan jadual .
Kami pun berdoa agar tak ada kelas Jumaat sebab memang tak ada pun sebelum ni so jangan tetiba nak tukar kelas pergi hari Jumaat pula hehehe .
Ada sorang classmate tolong cek , dia cakap tak ada apa yang berubah except for masa kelas tu diawalkan setengah jam .
Contoh sebelum ni kelas pukul 8.30am , lepas ni pukul 8.00am la .
Kami datang awal , sunyi je . Hampeh .
Rupa-rupanya memang dekat iCress jadual 8.00am tapi kampus kami still 8.30am .
 
 Okay sambung . Haha .

 Alhamdulillah setakat ni semua urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt .
Housemate , classmate , persekitaran semuanya baik je .
Tak ada apa benda pun yang kami nak complain .
Semuanya cukup , alhamdulillah .
Masalah yang datang pun kami masih boleh selesaikan .
Lecturer , jiran rumah sewa pun semua baik-baik belaka .
Syukur sangat dengan rezeki dan nikmat Allah ni .
Alyn , belajar sungguh-sungguh okay ?
Okay ! :)
 
Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff .
Bachelor in Computer Science (Hons.) Multimedia Computing .
M3CS2533B .

Assalamualaikum .

6 comments:

  1. Salam tuan blog,
    tumpang tanya berapa kadar sewa rumah dua tingkat tmn bt gajah bakti itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf baru baca heee :D
      Kalau dekat kawasan ni murah je sebab kawasan kampung .
      Kami sewa sebulan RM700 :)

      Delete
  2. ada mps jugak ke? student penerapan

    ReplyDelete
  3. Ada je tapi sekejap je, and slot yg pnting je. Eh sorry lambat reply hihi

    ReplyDelete
  4. Tumpang tnya. Kolej untuk student degree mmg takde lgsung eh? ada rekod student degree dpt kemudahan kolej? Cik Cinder ke kolej mcm mna? transport sndri atau kemudahan bas? hihi bnyk tnya pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ya saya dah lama tak on blog ni, ni baru baca. Student degree boleh duduk kolej, kena apply tapi boleh kira berapa org yg dpt, slalunya yg ada sebab yg kukuh la. Mostly student degree mmg mnyewa je dekat luar. Sy dulu mnyewa dekat Jln Batu Gajah. Housemate semua 1 kelas jd sng skit nk uruskn transportation, tongtong duit minyak bwak kreta sndri sbb bas UiTM tak lalu kwasan rumah kami. Bas ada lalu dekat Merlimau ikut jadual pjalanan bas.

      Delete

Assalamualaikum !
Nak comment boleh tapi jangan mencarut ye ?
Terima kasih daun keladi :3