September 22, 2014

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80

Assalamualaikum semua!
So dah baca ke belum previous post?
Hee as i said before, next post nak cerita pasal konvo kan?
Tadaaa~

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-80.
Dewan Seri Iskandar, UiTM Seri Iskandar.
20 Mei 2014.

Kikiki saja bagi pencuci mulut sikit.
Konvo mestilah salah satu hari yang penting kan?
Yela, kira macam balasan segala penat lelah masa belajar.
Bagi Alyn, segulung diploma tu amat berharga.
*Walaupun sebenarnya dia tak gulung pun. Kbye.
Tanpa diploma tu, Alyn tak mungkin dapat sambung degree tau.
Kalau tak sambung degree, tak mungkin dapat jumpa kawan baru.

Okay back to the topic.
Konvo Alyn biasa-biasa je.
Alyn pergi dengan mak and si gemuk je.
Honestly, Alyn jealous dengan orang yang pergi sana dengan parents.
Tapi, takdir kan?
Alyn percaya, kalau abah masih ada mesti abah akan datang juga.
Terbayang-bayang abah akan datang pakai baju batik.
Mesti abah akan drive pergi kampus dengan bangga.
Mesti abah akan beli bunga untuk adik, kan abah?
:(

Hm tukar topik, tetiba sedih plak kan?
So, nak tau Alyn pakai apa?
Alyn pakai baju yang beli dari Muslimah Gorgeous Boutique.
Besar sikit tapi mak alter, hehe.
Then pakai glitter shawl je.
First time pakai shawl kain macam tu, bulat jadinya muka Alyn.

Okay nak cerita masa dalam dewan tu.
Biasalah perarakan graduan semua kan.
Sampai part nyanyi lagu UiTM Di Hatiku tu.. pergh sebak!
Sebak bukan apa, terharu.
Orang sebelah Alyn sampai dah menitiskan air mata.
Terkenang zaman diploma weh.
Zaman diploma ni la baru kenal dunia luar.

Then, bermulalah istiadat.
Orang pertama yang naik pentas ialah abg Subuh, haha.
Lepas tu semua cuak tunggu turn.
Masa nak naik pentas tu, seriously berdebar-debar.
Masa atas pentas tu, blank!
Muka macam mana entah masuk dalam kamera tu, hahaha.
 Masa ni lepas ambil skrol atas pentas.
Suka hati je berhenti.
Malu tau, ramai orang tengok.
Tapi tak apalah, bukan selalu.
Lagipun mak yang suruh, nampak muka bahagia mak.
:')

Nampak tak mak dengan si gemuk tu excited sangat?
Sampai orang jalan keluar pun nak tangkap gambar, haha.
So dah keluar tu biasa la, sesi tangkap gambar dekat luar dewan dengan family semua.

Kikiki saaaaaaaaaayang mak.
Hihi malu kita, hiks.
Ehem~
Me and Bella~
*No caption.

Maap ye muka tak cukup photogedik lagi, hiks.
But what can i say? I was too excited~

Photo of the day.
I love you guys so much!
Please please please don't leave me.

So, tamatlah sudah post pasal konvo ni.
Tahniah kepada semua graduan UiTM yang telah menamatkan pelajaran.
Bagi yang belum tamat, semoga post ni jadi pembakar semangat.
Teruskan usaha anda, maju ke hadapan.
Thank you baca post ni.
Assalamualaikum.

Nor Fazlin binti Mohamed Yusoff.
Diploma Sains Komputer.
Fakulti Sains Komputer & Matematik.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar.

September 20, 2014

Pre-Konvokesyen UiTM Ke-80

Assalamualaikum bloggers!
Ya ampun memang lama gila la tak update blog ni kan?
Ni pun nak update cerita bulan Mei yang lepas.
Okay malas nak cakap banyak.
So, post kali ni Alyn nak cerita pasal konvokesyen.

Haa konvokesyen siapa kan?
Eh mestilah konvokesyen Alyn.
Hehe so here we go.
Kalau ikut tarikh, kami konvo hari Selasa.
Tapi alang-alang tu kami balik Ipoh awal.
Raptai hari Ahad, so okay la balik hari Jumaat.

Ahad tu awal-awal pagi Alyn keluar rumah sebab nak cop jubah saiz S.
Yela setahu Alyn, jubah saiz S paling cepat  habis.
Sampai je sana, tau-tau ada saiz XS hehehehe.
So alhamdulillah dapatlah saiz XS tu, puas hati.
Lepas dah ambil jubah tu, kami breakfast di McD dulu hehe.
*Masa tu tak boikot lagi. Emm, heee~
Lepas tu, haaaa kami ke UTP untuk sesi fotografi.
Ceeeeee ~

 Biarlah gambar yang berbicara.

 Buruk perangai, hahaha.



Meet them: Aimi, Bella, Hanum and me.








Malas nak cakap apa, sebab dah lama sangat.
Cerita pun dah berkarat.
Ni baru PRE-konvo tau, haha tunggu konvo plak nanti.





Rehearsal.

Okay done rehearsal dekat SI.
So terus balik.
Esoknya, VVIP datang dari Kajang.
So kita pick him up and then teruskan sesi fotografi lagi.
Hihihi ~
 Mempersembahkan~~
 Gedik ngat aih.

Okay habis dah post yang boring ni.
Nantikan next post pasal konvo saya, weee~
Thanks for reading, guys! :)