November 21, 2014

Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) 2014 Part II

Assalamualaikum semua!Dah baca ke belum pevious post?
Belum? Nah baca dulu : KLIK SINI .
Bukan apa, dah baca previous post baru best baca post ni sebab post ni sambungan dari post yang lepas.

Okay, ingat tak Alyn cerita pasal KARiSMA tu?
Yela hari tu cerita tak habis kan?
Oleh sebab stuck dengan coding Java ni, Alyn merewang kejap dekat blog ni haha.
Meh Alyn sambung cerita.

Day 2 (October 27th 2014) :  Acara sepak takraw antara pasukan
Okay hari ni kami pakai baju KARiSMA yang UiTM bagi.
Ramai cakap baju krew KARiSMA tahun ni cantik.
Hehe Alyn tak reti nak tengok baju macam ni cantik macam mana tapi honestly Alyn suka la dedua baju tu.
Ramai yang minta tukar dengan jersi diorang, eh memang taklah haha.
First time join benda macam ni, sayanglah baju tu haha.
Lagipun badan laki kan sado-sado, mana muat kalau pakai baju Alyn saiz S hahaha kbye.


Haha oleh sebab Encik Zaini mengantuk sangat sebab tak cukup tidur, maklumlah orang busy, balik  dari kampus pun pepagi buta, Encik Zaini minta tolong Alyn jadi driver.
Alyn yang ingat tak ingat jalan nak pergi venue ni pun drive lah sementara Encik Zaini best je berdengkur dekat belakang tu.
Gurau~ Gurau~
Mula-mula tu pepandai je masuk simpang mana semua, last-last pakai GPS sebab takut sesat haha.

 Puncak Alam VS em em tak sure la sorry.
 Kikiki saja tengok linesman kita.
Hehe.
 Kedah VS em tak sure juga.
Sorry ye.
 Puncak Alam VS Melaka.
 Kami balik dengan bas sekali dengan player sepak takraw Melaka.
Balik ni memang meriah sebab player Perak tumpang bas kami.
Time ni memang best sebab diorang karaoke dalam bas.
Diorang eh, hehehe.

Day 3 (October 28th) : Final sepak takraw antara pasukan
 Player sepak takraw Kedah.
 Rasanya masa ni final antara pasukan.
So ni team Shah Alam.
 Sekali lagi bertemu team Puncak Alam.
Kelakar kome ni, dengar cerita training sesama lepas tu kena lawan kan.
Tak apa, lawan-lawan manja je.

 
 Ni adik-beradik.
 :)

So malam tu, em em kami ajak Encik Zaini pergi karaoke.
Perghh Encik Zaini pun on ajeee.
Malam tu terus buat kerja cepat-cepat haha.


 Tudia haaaa!

 Huwaaaa rindunya dekat korang!

Day 4 (29th October 2014) :  Acara sepak takraw antara regu bermula
 Haaa karaoke lagi sampai pukul berapa kan?
Pepagi dah buat muka sotong.
Eh apsal sotong kan?
Entahlah, hahaha.
 Pahang VS Perak
 Team Pahang
 Team Perak
Team Kedah
 
Team Puncak Alam.
 

Okay ni team Negeri Sembilan.
Diorang ni power walaupun tak ada pengurus and coach.
Diorang memang training sendiri rasanya.
Negeri Sembilan VS Puncak Alam




Sorry la banyak gambar Puncak Alam.
Suka tengok diorang punya game.



Adalah 1 kisah ni, haha ni macam tetiba sikit nak cerita.
Ada lah sorang dua dari team Puncak Alam yang rajin lalu-lalang depan meja urusetia lepas tu sengih-sengih.
Haha bukan dekat Alyn la, dekat pakcik ketua pangadil kot hahaha.
Player no 6 dengan no 12.
Ni pun sebenarnya no 12 tu yang suruh cerita pasal dia, haha tak malu kan? 

Ada sekali ni no 6 dengan 12 ni lalu depan pentas.
Lepas tu Alyn dengan Sha perasan yang tag baju no 6 tu terkeluar dari baju dia.
Kitorang pun gelak-gelak jela tengok.
Sekali lagi dia lalu, kami tanyalah kenapa tak cabut tag tu?
Dia jawab apa?
"Style"
Lepas tu ada lagi 1 scene, scene no 12 tukar seluar hahahaha ni paling kelakar.
Taknaklah cerita, hahahahaha.
Ni dia no 12 yang gedik.
Nak suruh dia belanja makan ni sebab dah semak dekat blog ni.
Lalalalala~

Haha dah la, tak ada mood dah nak cerita bila tengok gambar dia ni.
Haha okay kengkawan semua, sambung lagi next post.
Malas nak buat post panjang-panjang, nanti lama plak kome nak tunggu browser ni load semua content kan.
Haha so tunggulah post akan datang, maybe last post pasal KARiSMA.
Hee terima kasih sudi lawat blog ni.
Assalamualaikum.

November 16, 2014

Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (KARiSMA) 2014 Part I

Assalamualaikum semua!
Wee~ Wee~
I saw habuk everywhere.

Haha okay malas nak cakap banyak.
Jom nak cerita pasal KARiSMA 2014.
Haha apa kena mengena dengan Alyn kan?

Kena mengena lah sebab UiTM Kampus Melaka jadi tuan rumah untuk KARiSMA tahun ni  dan lagi kena mengena sebab Alyn jadi urusetia.
Peewittt! Haha kbye.

Okay untuk KARiSMA ni penganjur dah set semua secara random, siapa jaga game apa semua tu.
Alyn dengan Bella dan student dari kampus Jasin jaga game SEPAK TAKRAW.
Mula-mula tu rasa macam tak best je sebab tak minat pun sepak takraw.
Penyelaras sepak takraw tu, Encik Zaini, siap lantik Alyn jadi ketua urusetia lagi.
Err -,-
Tapi yela, orang kata kalau kita dapat jawatan daripada seseorang tu maknanya tu amanah Allah swt.
So Alyn terima.
Alyn kena jaga meja urusetia je macam catat point semua tu sedangkan yang lain kena jadi linesman.

Krew bawah Alyn sepatutnya ada 9 orang tapi ada yang tak boleh join so tinggallah 6 orang je.

Day 1 (Oct 25th 2014) : Preparation day
Meet them: Bella, Tasha, Wani, Farah, Shaa, Nabil dan Shafiq.
 Okay masa ni kami semua pergi dengar taklimat pasal sepak takraw.
 Aweks~
So yes, diorang krew Alyn yang awesome!
Sepesen~
Masa ni tengah tunggu van nak pergi setup dewan.

Haa 25 Oktober 2014.
Nak tau apa ada dekat Melaka?
Ye ye KARiSMA, tapi ada lagi benda lain.
Jom Heboh! Haha plan asalnya memang nak pergi tapi tak ada masa langsung.
Puiiii, lalu depan venue je mampu.
Jalan jangan cakaplah, jammed teruk.
Ha amik kau Gegau Melakau, hahaha.


So yeah, ni venue kita.
Masa ni diorang tengah test court.
Kitorang plak krik krik je dekat situ.
So tu je untuk 1st day.

Day 2 (October 26th 2014) : Acara sepak takraw berpasukan (lelaki)
 Okay hari ni kami pakai baju sponsor yang kami gelar sebagai baju kilang.
Em korang tengok sendiri la kenapa kami panggil macam tu.
 Em baju ni dah la besar, Alyn dapat saiz L plak tu haha.
So cover sikit la nak bergambo kan, hehehe.
 Ni semua muka tak mandi ni, hihihi.
 So kami pun bergeraklah ke venue naik bas walaupun kami tak sampai 10 orang pun.


3 court; Court A, Court B & Court C
 Masa ni krew saya tengah dengar taklimat on how to be a linesman.
Berat tanggungjawab diorang ni, kena amanah.
So Alyn pesan dekat diorang, jalankan tugas dengan jujur dan amanah.
 Shah Alam VS Puncak Alam
 Team Puncak Alam
 Team Shah Alam

Game semua habis dalam-dalam pukul 5 petang ke lebih sikit entahlah.
 Tudia Encik Zaini kita, orang kuat event sepak takraw ni.
Kikikiki.

So Alyn stop sampai sini je dulu.
Eh tak, event tak habis lagi.
Tapi tak bestlah kalau cerita semua dalam 1 post.
Panjang berjela nanti, dengan gambarnya lagi.
Anggap jela ni baru warm up, hahaha biarlah.

Haha so tunggulah next post yeah.
Thank you sudi baca.
Assalamualaikum.